in , ,

Noryati Taib ‘Makcik Petir’ Telah Disahkan Meninggal Dunia

Pelakon drama Noryati Taib yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’ meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 1.45 pagi tadi di rumahnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang, di sini.

Industri hiburan negara kehilangan seorang lagi pelakon yang disegani apabila pelakon Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ telah disahkan meninggal dunia.

Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi akaun Facebook miliknya.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan MAMA saya (Hajah Noryati Bte Taib) telah meninggal dunia pada 1.45pagi sbntar tadi. 

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yg beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Noryati Taib

Malah, pada Februari lalu, arwah juga pernah disahkan positif Covid-19.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi teman artis seperti penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi yang mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Perkara itu dimaklumkan Shahrulezad menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.

Pada 2017, arwah dilaporkan pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Selain itu, sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Sajat Bersembunyi Di Thailand Guna Laluan Tikus?

Kolaborasi Sugarbomb & Ruffedge Suntik Nafas Baharu Lagu Popular ‘KAU MEMANG DA BOMB’