in ,

Nor Khiriah, Rozie Othman, Bell Ngasri, Jaafar Onn Dalam Drama CHEF JO

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Chef Jo di slot Senda Pagi, setiap hari Khamis jam 11.00pagi mulai 7 Mei 2009 di TV3. Anda pasti terhibur dengan kisah keluarga yang penuh aroma dan resipi-resipi lucu yang mencuitkan hati!

Ingin berhibur menyaksikan drama di samping mempelajari resepi masakan? TV3 ada jawapannya! Slot Senda Pagi memberikan pendekatan dan sesuatu yang baru kepada penonton dengan memperkenalkan drama bersiri 13 episod “Chef Jo” yang buat pertama kalinya menggabungkan drama komedi dan rancangan memasak di TV3.

3489083072 B4D9F948A0 O | 4

Chef Jo akan menemui penonton mulai 7 Mei 2009, setiap hari Khamis jam 11.00 pagi. Barisan pelakon yang mewarnai drama bersiri ini ialah Jaafar Onn (Chef Jo), Bell Ngasri (Azman), Anne Ngasri (Azlynn), Aizad Jazmin, Nor Khiriah, Enot, Anita Baharom, Rozie Othman dan ramai lagi.

3489083694 2510057539 O | 5

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Nurul Aini Abu Bakar, “Slot Senda Pagi diwujudkan khusus untuk suri rumah tangga untuk menceriakan pagi mereka sebelum melakukan tugasan dapur. Justeru, TV3 membuat kelainan di mana penonton bukan sahaja dapat menyaksikan drama malah turut mempelajari resepi baru yang diperkenalkan oleh Chef Jo di mana resepi ini dimasak dengan penuh drama dan mencuit hati. Drama ini disuntik dengan unsur-unsur komedi memperkuatkan lagi jalan cerita penuh dramatis ini.”

3488269437 88213Bbb9C O | 6

Drama bersiri ini mengetengahkan watak Johari Sapeon atau lebih dikenali dengan gelaran Chef Jo (Jaafar Onn). Dia terkenal sebagai seorang yang pandai memasak dan masakannya memang sedap. Akan tetapi Chef Jo lebih selesa dengan perwatakan yang sederhana, maka dia bukanlah seorang chef yang mengejar glamor.

Hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya Zuraidah (Rozie Othman) ataupun lebih dikenali sebagai Chef Zu telah dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Azman dan Azlynn.  Walaupun jadual kerja Chef Jo amat padat, dia tidak pernah melalaikan tugasnya untuk mendidik anak-anaknya terutama dari segi pelajaran. Azman ( Bell Ngasri) sudah bertunang dengan  Serena (Anita Baharom). Manakala Azlynn (Anne Ngasri) telah berkahwin dengan Farish (Aizad Jasmin) dan mempunyai seorang anak.

3489084322 08257917Fd O | 7

Kini, Chef Jo kerap diundang untuk memasak di merata tempat seperti pusat membeli belah, kenduri kahwin dan sebagainya. Dia sering mendapat pujian kerana masakannya yang sedap. Walaupun Chef Jo pernah ditawarkan untuk muncul di kaca televisyen tetapi dia takut untuk berdepan dengan kamera. Jadi, dia lebih senang bekerja sendiri dan membantu orang lain memasak. Bekas isterinya, Chef Zu sering menjadi pesaingnya, tetapi Chef Jo lebih digemari kerana dia pandai bercakap dan rendah diri. Chef Jo sering kali tampil dengan resipi-resipi baru, manakala Chef Zu kerap mencuri resipi tersebut dari bekas suaminya itu.

Drama bersiri ini diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd, Primeworks Studio dan dibantu oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Fairuz Loy. Setiap minggu, drama ini akan memaparkan sebuah cerita, resipi yang menarik, karenah dan masalah yang dihadapi oleh Chef Jo seperti masalahnya dengan anak-anak dan bekas isterinya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Chef Jo di slot Senda Pagi, setiap hari Khamis jam 11.00pagi mulai 7 Mei 2009 di TV3. Anda pasti terhibur dengan kisah keluarga yang penuh aroma dan resipi-resipi lucu yang mencuitkan hati!

3489083190 De02820540 O | 8
3488270283 230861C423 O | 9
3488270377 829D094F95 O | 10
3489083874 Eb5Fa26C3A O | 11
3489083926 46B3586Fbb O | 12
3488270505 9B02Bb1Abc O | 13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Drama BONG

Gambar IZ OIAM Menang Best Dressed Male di ABP 2008