in , ,

Nokia G50 Dilancarkan dengan Harga Mampu Milik, Kamera 48MP & Sokongan 5G

Nokia G50 melancarkan sebuah lagi telefon pintar 5G yang mampu milik ke pasaran. Nokia G50 ialah peranti dengan skrin 6.82″ IPS LCD HD+, dijana cip Snapdragon 480, memori 4GB RAM, storan sehingga 128GB dan bateri gergasi 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Ocean Blue dan Midnight Sun.

Nokia G50 diperkenalkan secara rasmi yang mana sebelum ini dijangka akan dilancarkan pada 6 Oktober nanti. Telefon ini hadir dengan sokongan 5G dan masih menggunakan cip Snapdragon 480, seperti Nokia X10 dan X20.

Telefon ini dilengkapi skrin 6.82 inci dengan kecerahan 450nits beresolusi HD+ sahaja. Untuk kemampuan bergambar, ia tampil dengan lensa 8MP swafoto. Sementara lensa belakang pula merangkumi 48MP utama, 5MP ultra lebar dan 2MP bantuan bokeh yang memadankan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan kedalaman.

Nokia G50 Dilancarkan dengan Harga Mampu Milik, Kamera 48MP & Sokongan 5G

Kesemua kamera utama diletakkan di dalam bonggol berbentuk bulat. Sementara itu kamera swafoto 8MP diletakkan di dalam takuk di hadapan. Peranti turut mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi terbina pada butang kuasa serta bicu audio 3.5mm. Ia turut menggunakan sistem operasi Android 11 asli tanpa pelancar tambahan.

Nokia G50 Rasmi - Skrin Besar, Kamera 48MP Dan Sokongan 5G

Didatangkan juga bateri 5000mAh bersama pengecasan 18W, konfigurasi 4GB atau 6GB RAM, storan dalaman 64GB atau 128GB, sokongan kad MikroSD sehingga 512GB dan menjalankan Android 11.

Siri ini akan menerima kemas kini sehingga 2 tahun untuk sistem operasi dan 3 tahun bagi keselamatan. 

Nokia G50 Rasmi - Skrin Besar, Kamera 48MP Dan Sokongan 5G

Di UK Nokia G50 dijual pada harga £200 (~RM1142) sebuah dalam pilihan warna Ocean Blue dan Midnight Sun. Harga peranti mungkin diihat mampu milik di Eropah tetapi boleh dikatakan agak mahal untuk pasaran Malaysia.

Dalam pada itu, HMD menjadualkan acara pada 6 Oktober depan dimana mungkin mereka melancarkan tablet Nokia.

Sumber: Nokia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kalau Dulu, Jika Ada Acara Yang Perlu Penyanyi Patriotik, Nama Saya Jadi Pilihan,” – Roy

Rita Rudaini Kagum Kerajaan Pahang Benarkan Individu Belum Vaksin Tunai Solat di Masjid