in , ,

Noh Salleh & Mizz Nina Akhirnya Mengaku Sudah Bercerai

Setelah 11 tahun melayari kehidupan bersama, akhirnya pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina mengaku telah mengambil keputusan untuk bercerai.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh kedua-duanya menerusi satu perkongsian di akaun Instagram masing-masing malam tadi.

“Saya dan Nina ada perkara yang hendak diumumkan. Setelah berfikir panjang dan pertimbangan yang teliti, kami mengambil keputusan untuk bercerai.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana membenarkan kami untuk hidup bersama selama 11 tahun dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini. Jangan risau, kami masih lagi berkawan dan saling menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.

Sebelum ini, sudah terdapat desas-desus yang mengatakan hubungan mereka berhadapan masalah, namun telah dinafikan sendiri oleh Noh.

Dalam pada itu, kedua-duanya memohon agar semua pihak agar dapat mendoakan mereka sepanjang tempoh edah.

“Kami berharap agar semuanya dapat menghormati privasi kami dan tidak membuat sebarang kenyataan tentang kami untuk mengelakkan fitnah,” ujarnya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Congratulations! Iman Troye is the First-ever Ambassador for vivo That’s Y Series

Motivasi Ajak Pemuda Ke Surau Dalam Drama Bersiri JODOH TERSASAR ALAMAT