in

NJOI Raikan Pencapaian 1 Juta Pelanggan

NJOI, perkhidmatan TV satelit percuma pertama di Malaysia dengan akses kepada 26 saluran TV dan 20 stesen Radio.

NJOI telah telah berjaya menarik 1 juta pelanggan pada tahun keempat operasinya dalam usaha memberikan rakyat Malaysia akses penuh nilai dan percuma kepada kandungan televisyen dan radio yang mendidik, informatif dan berkualiti.

Y.B. Dato' Jailani Johari, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia

“Saya teruja dengan pencapaian NJOI ini, yang telah diperkenalkan pada Disember 2011. Ini bermakna lebih ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan kehidupan kini memiliki akses kepada pendidikan berkualiti baik, informasi dan pengetahuan secara percuma sepenuhnya. Kami yakin NJOI akan terus kukuh dalam membantu memberikan negara pelbagai maklumat yang kritikal bagi melahirkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang pelbagai bakat, berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif,” kata Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Mencapai pendaftaran 1 juta pelanggan ialah satu pencapaian bermakna buat NJOI. Perkhidmatan premium percuma NJOI sesuai untuk semua rakyat Malaysia, memberikan akses kepada 26 stesen TV dan 20 stesen radio, termasuk pilihan kandungan premium prabayar. Kami komited dalam usaha mengembangkan kejayaan NJOI dengan memberikan akses multitainment (kepelbagaian hiburan) kepada semua rakyat Malaysia dan pelaburan berterusan dalam perkhidmatan nilai tambahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Astro Dato’ Rohana Rozhan.

“Terima kasih kepada 1 juta pelanggan NJOI kami. Untuk meraikan pencapaian penuh makna ini, kami memperkenalkan Astro Maya HD (Saluran 135), secara percuma untuk semua pelanggan NJOI hari ini.”

NJOI menawarkan pendidikan, hiburan, sukan dan pembelajaran lestari yang terbaik, seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan negara berilmu.

Dato Rohana Rozhan - CEO Astro Malaysia

Dengan jumlah pelanggan seramai 4.4 juta dan kadar penembusan sebanyak 63% di kalangan isi rumah Malaysia, di mana 13% daripadanya terdiri daripada NJOI, Astro telah menyaksikan peningkatan mendadak yang hebat dalam tempoh empat tahun sejak pelancaran NJOI.

Memperkenalkan Astro Maya HD, saluran hiburan HD tempatan pertama Malaysia

Kini, pelanggan NJOI menggunakan dekoder HD boleh menikmati Astro Maya HD, yang menawarkan kandungan tempatan terbaik dengan paparan yang jelas lagi nyata, dengan warna hebat dan hampir lima kali lebih teliti berbanding definisi standard.

Astro Maya HD akan mempersembahkan program tempatan terbaik daripada saluran Astro Prima dan Astro Oasis dalam kualiti hebat HD, termasuk Kilauan Emas, Tua Pun Boleh, Pencetus Ummah, Primadona, dan drama-drama seperti Jodoh Itu Milik Kita dan Bila Hati Telah Hitam.

NJOI untuk semua rakyat Malaysia

Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Astro, syarikat ini telah bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi memastikan semua rakyat Malaysia, tidak mengira apa jua keadaan sekalipun, boleh menikmati akses percuma kepada maklumat dan ilmu menerusi NJOI.

“Dengan NJOI, kami memenuhi janji Astro untuk merapatkan jurang digital semua rakyat Malaysia dengan membolehkan mereka mengakses kandungan yang memberi manfaat kepada mereka,” kata Dato’ Rohana Rozhan.

Dato’ Jailani Johari ditemani oleh Dato’ Rohana Rozhan ketika mempersembahkan lima dekoder NJOI kepada lima pusat komuniti; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu, Persatuan Kebajikan Islam Terengganu, Asrama Darul Falah, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim Terengganu, Pusat Dalam Komuniti Kuala Berang dan Pusat Dalam Komuniti Mutiara Kasih.

Akses kepada Kandungan Premium menerusia Baucar Prabayar.

Tanpa yuran bulanan, pelanggan NJOI boleh mengakses perkhidmatan itu dengan hanya membeli Set Top Box dan Piring Satelit dan kemudian membuat pemasangan. Buat pelanggan NJOI yang ingin menikmati lebih banyak kandungan premium, mereka boleh mendapatkan Baucar Prabayar daripada 4,000 pusat pengedaran seluruh Malaysia untuk mendapat akses kepada hampir 18 saluran TV. Pelanggan juga boleh juga platform SMS untuk membuat pembelian. Pelanggan prabayar boleh membayar serendah RM1 sehariuntuk mendapat akses kepada sukan tempatan, berita, filem dan komedi yang bermanfaat dan berguna untuk seisi keluarga.

Jumlah transaksi prabayar tahun lepas telah meningkat dua kali ganda kepada melebihi satu juta jualan.

Pada masa hadapan, terdapat juga perancangan untuk membenarkan akses Astro on The Go bagi pelanggan Njoi.

NJOI boleh didapati di semua pengedar NJOI yang disahkan. Untuk maklumat lanjut mengenai NJOI, sila layari http://www.njoi.com.my

1. 2nd from Left - NJOIs 1 Millionth Customer

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azmir Arif Lancar Album CINTA KITA BERDUA

Atria Shopping Gallery Kini Dibuka Untuk Kaki Shopping