in , , ,

Ning Baizura, Ziana Zain & Noryn Aziz Jayakan Minggu Setiausaha Queen Of The City

Gabungan tiga nama hebat, tiga vokal tersendiri dan tiga ratu yang sentiasa dekat di hati peminat. Kali ini mereka disatukan dalam sebuah pentas yang diberi judul Diva Malaysia Live, Queen of The City. Dan pastinya kolaborasi julung-julung kali ini perlu diberi perhatian buat para peminat yang sentiasa ingin melihat kesayangan mereka beraksi di pentas yang lebih bersifat intimasi.

Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz, tiga nama dengan kelas tersendiri ini disatukan dalam pentas Minggu Setiausaha yang dibawakan oleh Switch On Entertainment Sdn Bhd. Bukan satu tetapi dua lokasi akan menyaksikan gemerlapan bintang ini beraksi khas buat para peminat di bulan meraikan Setiausaha.

DIVA MALAYSIA LIVE, QUEEN OF THE CITY

TAJUK : MINGGU SETIAUSAHA QUEEN OF THE CITY
TARIKH : 9 & 25 APRIL 2015
WAKTU : 12 TENGAH HARI
LOKASI : HOTEL SHANGRI LA, KUALA LUMPUR & PERSADA CONVENTION
CENTRE, JOHOR BAHRU
PENGANJUR : SWITCH ON ENTERTAINMENT SDN BHD

Hotel Shangri La Kuala Lumpur dan Persada Convention Centre Johor Bahru dipilih kerana dilihat sebagai venue yang berpotensi dalam meraikan setiausaha. Malah Johor Bahru juga menjadi salah satu lokasi kerana dilihat mampu menarik perhatian para peminat serta golongan Setiausaha dari Singapura.

Ritz Taher yang merupakan Pengarah Urusan Switch On Entertainment Sdn Bhd memanjatkan rasa syukur dapat mengadakan acara tahunan ini buat kali pertama dibawah anjuran syarikat mereka. Mewakili Switch On Entertainment Sdn Bhd, Ritz menyatakan hasrat mereka untuk menaikkan nama artis-artis tempatan yang sewajarnya menjadi pilihan untuk meraikan minggu setiausaha negara sendiri.

“Ini merupakan kali pertama syarikat kami mengadakan Minggu Setiausaha. Tema Diva Malaysia Live: Queen Of The City dipilih kerana kami melihat kriteria tersendiri yang terdapat pada tiga penyanyi yang menjadi pilihan kami serta peminat. Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz, nama yang cukup besar sebagai penyanyi tanah air dan mempunyai gaya auntentik dan tersendiri. Melihatkan mereka mempunyai peminat yang cukup setia sepanjang perjalanan karier mereka, kami rasa mereka memang ratu di hati peminat-peminat,” ujar Ritz yang menubuhkan Switch On Entertainment Sdn Bhd bersama empat orang rakan baiknya pada awal tahun ini.

Malahan menurut Ritz lagi, jika dilihat kepada portfolio ketiga-tiga ratu ini, kejayaan karier mereka bukan sahaja tercatat megah dalam negara malah mereka membentuk kegemilangan tersendiri di luar negara dengan anugerah yang mereka perolehi.

Selain tiga artis ternama tersebut dilihat berpotensi besar dalam meraikan Minggu Setiausaha kali ini, Switch On Entertainment Sdn Bhd juga mengketengahkan dua hos utama iaitu Ifa Raziah dan Syarifah Shahira sebagai pengemudi majlis. Manakala Roslan Shah, kumbang dalam kuntuman-kuntuman bunga Queen Of The City dilihat sebagai individu yang mampu meraih kemeriahan dalam majlis tersebut kelak.

“Ifa Raziah dan Syarifah Syahira dipilih berdasarkan kepetahan mereka dan kami mahu mengangkat wajah-wajah baru dalam Minggu Setiausaha. Malah kedua hos utama ini juga dipilih kerana mempunyai unsur-unsur Diva dalam karakter mereka,” ujar Ritz.

Acara pementasan Minggu Setiausaha kali ini turut digahkan dengan kemunculan Aylwin Santiago sebagai Pengarah Muzik. Dengan muzik yang dibawakan secara ‘live band’, pastinya acara selama lebih kurang tiga jam ini dirasakan lebih segar dan gah.

Sebagai informasi, tiket Diva Malaysia Live, Queen Of The City ini dijual dalam empat harga.

Platinum –RM750+ (setiap seorang)
RM7500+ (satu meja, 10 orang)

Gold – RM650+ (setiap seorang)
RM6500+ (satu meja, 10 orang)

Silver – RM550+ (setiap seorang)
RM5500+ (satu meja, 10 orang)

Bronze – RM450+ (setiap seorang)
RM4500+ (satu meja, 10 orang)

*potongan 5% diberikan untuk pembelian awal
*pembeli PLATINUM akan berpeluang untuk sesi Meet & Greet bersama artis-artis
*terdapat cabutan bertuah eksklusif serta hadiah Best Dress yang berharga RM25,000.

Untuk tempahan tiket, sila hubungi Lena dan Mia di nombor yang tertera di bawah:
+603 9171 0973 / +603 9171 0940 / +6013 374 9126 / +6018 203 6811

Ning Baizura, Ziana Zain & Noryn Aziz Jayakan Minggu Setiausaha Queen Of The City

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Achey Kaki Retak Gara-Gara Jatuh Motorsikal

Peraduan Karaoke Bersama Aziz Harun di Red Box Karaoke