Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Ning Baizura Tarik Diri Dari Persembahan Sempena Guinness Arthur’s Day

Ning Baizura Tarik Diri Dari Persembahan SOULED OUT Sempena Guinness Arthur’s Day.

Kemunculan dua orang penyanyi terkenal Malaysia Ning Baizura dan Mizz Nina di poster Konsert Souled Out sempena Arthurs Day telah mencipta satu lagi kontroversi kerana ia menyentuh sensistiviti agama.

Jika anda tak tahu apa itu Arthur’s Day, Arthur’s Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness. atau boleh merujuk kepada sumber Wikipedia:

“Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators. ”

Konsert sempena ulang tahun Arthurs Day yang akan diadakan di 28 September ini di SouledOut Hartamas bakal menampilkan persembahan dari Ning Baizura dan Mizz Nina.

Ini menjadikan ramai sekali peminat melenting dan tak bersetuju penyertaan dua orang penyanyi beragama Islam terlibat dalam konsert ini kerana secara terang-terangan konsert ini menggalakkan pengunjung mengambil atau minum arak. Dikatakan Mizz Nina bukan kali pertama menyertai malah diberitakan sebelum ini nama Mizz Nina turut terlibat dalam party ini.

Pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung kelab berkenaan.

Yang sedihnya, dua artis terkenal kita iaitu Ning Baizura dan Mizz Nina pun akan membuat persembahan sempena majlis tersebut.

Sebagai seorang Muslim, kita tertanya-tanya juga kenapa mereka berdua bersetuju untuk sama-sama meraikan, malah menghiburkan majlis yang terang-terang menggalakkan penggunaan alkohol kepada pengunjungnya itu.

Malah Mizz Nina sendiri bukanlah pertama kali menyertainya.

Namun, pada hari ini, Budiey menerima satu berita dari pengurusan Ning Baizura yang memberitahu Ning Baizura secara sah telah menarik diri dari buat persembahan di Konsert Souled Out.

Susulan tersebarnya poster yang mendakwa Ning Baizura bakal membuat persembahan sempena Aurthur’s Day yang akan diadakan pada 28 September ini, pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn. Bhd. mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menyangkal dakwaan ini.

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT “GUINNESS ARTHUR’S DAY”

Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara ”Guinness Arthur’s Day” yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi “Guinness Arthur’s Day” sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.

Poster Konsert Souled Out Sempena Hari Arthur anjuran Guinness yang dikatakan digunakan oleh pihak penganjur tanpa persetujuan dari Ning Baizura.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version