vivo Malaysia sekali lagi mencuri perhatian dengan memperkenalkan vivo V60 Lite 5G, sebuah telefon pintar baharu dalam siri V yang membawa gabungan rekaan berani, hiburan imersif dan ketahanan lasak. Dengan tagline “Non-Stop Fun with The Toughest Lite Around”, peranti ini hadir bukan sekadar gimik pemasaran, tetapi satu gaya hidup untuk generasi yang sentiasa “on the go”.
Dari pandangan pertama, telefon ini sudah cukup membuatkan ramai terpesona dengan pilihan warna Pop Pink. Warna ini tidak hanya sekadar pink biasa, tetapi sarat dengan aura optimis, ceria, dan youthful. Tambahan pula, efek iridescent yang berkilau menjadikan warna pink ini seakan hidup, memancarkan suasana magis yang boleh menaikkan mood sesiapa sahaja yang memandang.
Rekaan modul kamera lutsinar pula memberikan sentuhan moden dan elegan, sekaligus menyeimbangkan sisi playful dengan keanggunan abadi. Tidak hairanlah, V60 Lite 5G ini bakal jadi pilihan mereka yang mahu tampil bergaya sambil menyerlahkan identiti peribadi.
Paparan AMOLED Besar Dengan Kualiti Seperti Layar Panggung Wayang
Kalau sebelum ini menonton drama kegemaran di Netflix hanya sekadar rutin harian, kini dengan paparan AMOLED 6.77 inci yang besar dan immersive, pengalaman tontonan terasa seperti duduk di panggung wayang. Paparan ini menyokong kadar segar semula 120Hz serta sijil HDR10+, yang memberi visual terang, warna yang hidup, dan kontras yang mendalam.
Dengan nisbah 94.2% screen-to-body ratio, skrin hampir penuh tanpa bezel ini memberi pengalaman tontonan yang sangat imersif. Sama ada korang layan drama, main game kompetitif, atau sekadar scroll media sosial, semuanya akan terasa lebih smooth dan memikat.
Seperti yang diterangkan oleh pihak vivo, “Kami mahu pengguna merasakan pengalaman hiburan yang benar-benar cinematic hanya melalui tapak tangan mereka.” Memang betul – paparan sebesar ini menjadikan telefon seakan pintu masuk kepada dunia hiburan tanpa sempadan.
Direka Lasak Dengan Perlindungan Bertaraf Tentera Dan SGS
Satu perkara yang sering menghantui pengguna telefon pintar ialah kerosakan akibat terjatuh. vivo nampaknya benar-benar faham hal ini kerana V60 Lite 5G hadir dengan SGS Five-Star Drop Resistance dan Pensijilan Ketahanan Gred Tentera. Ia dilengkapi dengan shield glass serta struktur kusyen dalaman yang mampu menyerap hentakan, menjadikan telefon ini tahan daripada jatuh dan hentakan harian.
Lebih menarik, peranti ini juga menawarkan ketahanan debu dan air yang mantap – mampu bertahan sehingga 12 jam dalam hujan lebat berterusan tanpa menjejaskan fungsi. Malah, kawalan sentuhan tetap responsif walaupun jari dalam keadaan basah atau berminyak. Fitur tambahan seperti One-Tap Water Ejection dan One-Tap Dust Ejectionmembolehkan pengguna mengeluarkan air atau habuk dari pembesar suara hanya dengan satu sentuhan. Memang praktikal dan sesuai untuk gaya hidup aktif masa kini.
Sistem Audio Dengan Kekuatan Bunyi 400% Lebih Mantap
Tak lengkap kalau visual hebat tidak disokong audio yang seimbang. vivo V60 Lite 5G tampil dengan dual stereo speaker yang menawarkan peningkatan bunyi sehingga 400% lebih kuat berbanding biasa. Hasilnya, muzik atau dialog dalam filem kedengaran lebih jelas, kaya dan penuh kedalaman, walaupun berada dalam suasana bising.
Bayangkan ketika sedang streaming konsert secara langsung atau main game dengan kesan bunyi yang intens – pengalaman ini bukan sekadar audio, tetapi seakan berada di tengah-tengah suasana sebenar. Inilah yang menjadikan V60 Lite 5G sebagai sebuah peranti hiburan all-in-one.
Tawaran Pra Tempah Dengan Pakej Hadiah Bernilai Hingga RM1199
Bagi peminat yang tidak mahu ketinggalan, pra tempahan vivo V60 Lite 5G bermula 3 Oktober 2025. Setiap pra tempahan akan disertakan dengan pelbagai hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1199. Antara hadiah menarik termasuk:
- Waranti Lanjutan 1 + 1 Tahun
- Waranti Retak Skrin Setahun
- Perlindungan Back Cover Setahun
- Multi-Region Warranty
- Set Hadiah Holiday Vibes
- vivo Buds percuma
- Rebat sehingga RM300
- Pelan Ansuran Tanpa Faedah (0% Interest)
Menariknya, vivo turut bekerjasama dengan SPayLater dan PayLater by Grab, menawarkan pelan ansuran fleksibel sehingga 24 bulan dengan rebat tambahan serta potongan harga.
Bagi pembelian semasa promosi, pengguna boleh menikmati rebat RM200 untuk varian 12GB + 256GB dan RM300 untuk varian 12GB + 512GB. Jelas sekali, vivo mahu memastikan setiap pelanggan merasai pengalaman premium tanpa membebankan poket.
vivo Terus Kukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Teknologi Global
Selain menawarkan produk bergaya dan praktikal, vivo juga menekankan nilai user-oriented dan pembangunan mampan. Dengan lebih 200 juta telefon pintar dihasilkan setahun dan jaringan pengguna lebih 500 juta orang di seluruh dunia, vivo membuktikan mereka bukan sekadar pengeluar telefon pintar, tetapi juga peneraju dalam teknologi AI, 5G, sistem kamera dan reka bentuk industri.
Menurut falsafah mereka, “Benfen”, vivo percaya pada prinsip melakukan sesuatu dengan betul dan memberikan nilai kepada masyarakat. Inilah yang menjadikan setiap produk vivo lebih daripada sekadar teknologi, tetapi sebuah jambatan antara manusia dan dunia digital.
Apa Kata Budiey?
Bagi Budiey, vivo V60 Lite 5G ini sememangnya membawa pakej lengkap – rekaan memikat, paparan yang memanjakan mata, bunyi yang bertenaga, dan ketahanan yang boleh dipercayai. Ia bukan sekadar telefon pintar, tetapi gaya hidup moden untuk mereka yang sentiasa bergerak, mencari hiburan tanpa henti, dan mahu kekal bergaya tanpa mengorbankan ketahanan.
Kalau nak dibandingkan dengan pesaing lain dalam kelas yang sama, vivo berjaya menonjolkan sesuatu yang lebih segar – gabungan antara fun, toughness dan style. Budiey yakin, dengan tawaran pra tempah yang lumayan dan rebat menarik, vivo V60 Lite 5G pasti jadi pilihan utama golongan muda dan pengguna aktif di Malaysia.