in , ,

Nikmati Tradisi Semarak Rasa’ di KL Convention Centre Ramadan Ini!

Majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre’s (Pusat Konvensyen) yang popular dan sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun kini kembali. 

Dari 27 Mac hingga 17 April 2023, tetamu berpeluang merasai dan menikmati ‘Resipi Keluarga Asli’ yang dicipta khas oleh barisan chef pemenang anugerah Pusat Konvensyen, diilhamkan daripada resipi asli yang digunakan sejak turun-temurun dalam keluarga mereka.

Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran ramai termasuk ayam masak rendang hitam, asam pedas daging tetel tulang rawan, gulai udang nangka muda bersama cendawan, hitam dan kacang mungai ayam bakar lengkuas cencaluk, sira ubi kayu, gulai daging tetel bersama rebung madu, ‘Bubu Ikan’ – ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan iringan, dan banyak lagi. 

Mengulas mengenai menu yang menambat selera, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jafaar, berkata, “Pada bulan Ramadan kali ini, mereka yang menjamu selera di sini akan menikmati pengalaman yang pasti tidak dilupakan dengan masakan lazat yang disediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif kami, yang datang dari seluruh pelosok negara dan berkongsi resipi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa kami pada tahun ini. Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, kami juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang mahu menikmati kepelbagaian rasa dan sedikit kelainan.” 

Antara kemudahan yang disediakan oleh Pusat Konvensyen termasuk bilik solat, sejadah, selipar dan tempat mengambil wuduk, membolehkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa. 

Chef Hisham menyambung, “Dengan dapur Pusat Konvensyen yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), para tetamu beragama Islam kami boleh menikmati hidangan mereka dengan fikiran yang tenang. Pada bulan Ramadan ini, kami terus mengukuhkan komitmen kami terhadap kelestarian dengan menggunakan 70% hasil dan ramuan tempatan. Kami juga berganding bahu dengan Yayasan Bantuan Makanan dan juga rakan-rakan kerjasama kami dalam usaha mengurangkan pembaziran dan akan memberikan makanan lebihan daripada bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut.” 

Pada bulan Ramadan ini, Pusat Konvensyen juga bekerjasama dengan StarVendors, salah satu (1) daripada jenama beli-belah terbesar di Malaysia untuk menganjurkan Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023, dari 13 hingga 17 April 2023. Acara ini akan diadakan selama 100 jam berturut-turut dan memberi peluang kepada usahawan tempatan, termasuk ramai artis terkenal Malaysia, yang akan membuka ‘reruai’ untuk menjual produk mereka. Antara selebriti dan pempengaruh yang menyertai Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023 antara lain termasuk Ifa Raziah, Datuk Sri Vida, dan Dato Aliff Syukri

Para tetamu diberi jaminan kecemerlangan perkhidmatan dan kelazatan sajian 5 bintang di majlis berbuka puasa Pusat Konvensyen untuk orang ramai, yang ditawarkan pada harga termampu RM188 seorang dan boleh ditempah untuk tarikh dari 27 Mac dan 17 April 2023. Pusat Konvensyen ini juga menawarkan harga terdiskaun bersih RM168 untuk semua tempahan awal berbuka puasa daripada orang ramai yang dibuat sebelum 22 Mac 2023. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehampaan. Di samping itu, tawaran kumpulan juga disediakan sepanjang Ramadan dengan diskaun 10% diberikan untuk pembayaran bagi kumpulan lima (5) orang.

Dengan dua (2) menu ‘Tradisi Semarak Rasa’ yang boleh diubah suai, syarikat-syarikat korporat juga boleh menambah pilihan makanan kegemaran tempatan di ‘Chef Action Station’, yang disediakan atas permintaan.

Untuk berita dan maklumat terkini tentang Pusat Konvensyen, kunjungi Bilik Berita Pusat Konvensyen di www.klccconventioncentre.com atau ikuti perkembangannya di media sosial (Facebook – @klccconventioncentre, LinkedIn – Kuala Lumpur Convention Centre, Twitter – @klccconvention dan Instagram – @klccconventioncentre).

Mengenai Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) ialah kemudahan acara pemenang anugerah terulung yang dimiliki oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd, anak syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan diuruskan dengan bangganya oleh Convex Malaysia Sdn Bhd, usaha sama antara KLCC (Holdings) Sdn Bhd dan ASM Global.

Terletak di tengah-tengah ibu kota negara dan sebahagian daripada presint Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang bersepadu, Pusat Konvensyen ini sesuai bagi perhimpunan besar, berprofil tinggi dan juga untuk mengadakan majlis keramaian yang lebih kecil.  Dengan lokasi yang mudah dikunjungi, kemudahan lima tingkat meliputi kawasan seluas 33,659 meter persegi, menawarkan pelbagai pilihan ruang serba guna yang boleh disesuaikan, dua auditorium; Dewan Majlis Utama, Dewan Bankuet, tiga Dewan Persidangan, lapan Dewan Pameran dan 23 bilik mesyuarat.  Pusat Konvensyen ini juga mempunyai kemudahan sokongan seperti Bilik Layanan, Bilik Istirahat VVIP, Tempat Menjamu Selera, Bilik Perubatan dan banyak lagi. 

Pusat Konvensyen mengekalkan status bertaraf dunia menerusi pematuhan ketat kepada piawaian kualiti antarabangsa dan syarat-syarat akreditasi, iaitu ISO 9001, IOS 22000, ISO 14001, ISO 45001, EarthCheck Silver dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP). Berpandukan Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu dan sebagai sebahagian daripada rangkaian ASM Global, Pusat Konvensyen menjejak prestasi bulanannya berkaitan dengan Emisi Gas Rumah Hijau, Penggunaan Air dan Pengurangan Sisa. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jalil Hamid Sesak Nafas, Alami Masalah Jantung, Bakal Buat Rawatan Susulan

BUDI DOREMI

Nidji & Budi Doremi di Satu Pentas, Aisha Retno Artis Undangan Dream Festival