in ,

Nikmati Sajian Nasi Daun Pisang Yang Enak Di Sekitar Negeri Selangor!

Menu Nasi Daun Pisang Sering Menjadi Pilihan Makan Tengahari yang Menyelerakan untuk Seisi Keluarga!

Tahukah anda? Menu nasi daun pisang ini sebenarnya berasal dari India Selatan, di Negeri Tamil Nadu, Kerala. Hidangan nasi daun pisang ini diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan British dahulu. Makanan ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pada waktu tengahari kerana ia merangkumi satu set makanan yang lengkap dan lazat. Di sini, pihak Tourism Selangor telah menyenaraikan lokasi di sekitar Negeri Selangor bagi anda mendapatkan sajian nasi daun pisang yang enak dan lazat!

Yap Kee Banana Leaf

Yap Kee Banana Leaf, Klang

Yak Kee Banana Leaf adalah satu restoran yang menawarkan sajian nasi daun pisang. Ianya sangat terkenal dalam kalangan pelancong mahupun penduduk tempatan. Menu yang wajib anda cuba di restoran ini adalah ayam goreng berempah, ikan goreng, kari ayam, kari ikan, kari kambing dan lebih enak lagi jika anda makan bersama papadom dan sayur kubis! Selain itu, minuman yang harus anda cuba pula adalah jus ambra, yang memberikan gandingan yang mantap!

Kanna Curry House

Kanna Curry House, Petaling Jaya

Sekiranya anda berada di Seksyen 17, Petaling Jaya, anda wajib untuk mencuba hidangan nasi daun pisang yang sangat menyelerakan di Kanna Curry House! Restoran ini telah menawarkan menu ini sejak tahun 1976 lagi. Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang dengan pelbagai lauk sampingan termasuk sotong goreng, kari ikan dan pelbagai lagi! 

Restoran Sri Nirwana Maju

Restoran Sri Nirwana Maju, Subang Jaya

Restoran ini berkemungkinan akan menjadi kegemaran anda dan rakan-rakan! Restoran Sri Nirwana Maju yang terletak di USJ 9, Subang Jaya ini menyajikan hidangan nasi daun pisang yang unik.

Ianya turut menghidangkan pilihan lauk seperti peria goreng yang cukup rangup. Selain itu, restoran ini turut menghidangkan menu seperti mee goreng, nasi goreng dan banyak lagi!  

Laxmi_Z Kitchen

Laxmi’z Kitchen, Rawang

Terletak di Rawang, Laxmi’z Kitchen menghidangkan juadah nasi daun pisang yang lazat untuk para pelanggannya! Anda peminat ketam? Jika ya, di sini lah tempatnya untuk anda menikmati menu ketam masala yang enak. Pastikan anda singgah ke restoran ini sekiranya anda berada di Rawang! 

Acha Curry House

Acha Curry House, Petaling Jaya

Acha Curry House merupakan sebuah restoran yang menawarkan menu nasi daun pisang yang lazat di kawasan Petaling Jaya. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis masakan kari yang terdiri daripada kari ayam, kari ikan masin, kari ikan dan kari ketam. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis sayur turut dihidangkan antaranya labu puree, acar timun, sayur taugeh dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasi daun pisang di sini! 

Matahariis Banana Leaf

Matahariis Banana Leaf, Seri Kembangan 

Terkenal sejak tahun 2004, Matahariis Banana Leaf yang terletak di Seri Kembangan ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.  Hidangan nasi daun pisang dihidangkan  dengan nasi putih atau nasi kuning, lauk-pauk dan sayur-sayuran yang sangat menyelerakan. Di samping hidangan nasi daun pisang, anda juga boleh mencuba menu thosai yang juga terkenal di restoran ini. 

Macha _ Co

Macha & Co, The Curve

Restoran yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin ini menjadi satu tarikan kepada para pelanggan. Restoran yang selesa ini turut menyajikan hidangan nasi daun pisang yang lazat. Resepi yang digunakan adalah resipi turun-temurun untuk beberapa generasi, dan bagi mereka yang ingin menjaga berat badan, Macha & Co juga menyediakan nasi beras perang yang tentunya mengandungi lebih banyak khasiat! 

Pasti hidangan nasi daun pisang ini membuat anda terliur, bukan? Tunggu apa lagi? Ajak kawan-kawan atau keluarga anda untuk Pusing Selangor Dulu” bagi menikmati hidangan yang cukup lazat dan mengenyangkan ini di restoran-restoran yang tersenarai di atas. 

Ketahuilah bahawa nasi daun pisang ini adalah antara hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira umur dan bangsa!

Travel Article Poster

Namun, adalah diingatkan kepada para pelanggan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu. 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Leonardo Dicaprio

Distrim Lebih 152 Juta di Minggu Pertama, Filem DON’T LOOK UP Cipta Rekod Baharu Netflix

Shahir 2020 | 16

Tahniah! Shahir Zawawi Juara Pertama Hijrahkan Laguku Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000