in , , ,

Nikmati K-Drama & K-Idol Terhangat di Astro

Para pelanggan Astro boleh menikmati program-program Korea terbaik termasuk K-drama hebat, 100 episod siri Running Man sempena ulang tahun ke-10 dan juga program-program yang menampilkan bintang-bintang K-pop terbesar bulan Julai ini menerusi TV, Astro GO dan di on demand.  

Sepanjang bulan Julai di TV, Astro GO and di on demand. Peminat boleh menikmati K-drama terhebat seperti: Siri terbaharu yang dibintangi oleh Ji Chang Wook dan Kim Yoo-jung iaitu Backstreet Rookie, yang boleh dinikmati episod-episod siri ini pada minggu yang sama dengan Korea melalui saluran ONE (saluran 393). 

Pelanggan juga boleh strim episod-episod Backstreet Rookie menerusi on demand, melalui aplikasi iQIYI*, untuk menonton pada waktu yang sama dengan Korea. 

Collage_The Best Korean Programmes on Astro

Selain itu, peminat Ji Chang Wook juga boleh strim kesemua episod siri seni mempertahankan diri, Warrior Baek Dong-Soo dan drama perundangan, Suspicious Partner, menerusi on demand dan di Astro GO.

*Nota: Semua pelanggan Astro yang menggunakan ID Astro mereka untuk log masuk ke aplikasi iQIYI buat pertama kalinya, boleh menikmati keahlian VIP percuma selama 2 bulan.

Drama tular dan paling menjadi sebutan, The World of the Married yang dibintangi oleh Kim Hee-ae, pemenang ‘Pelakon Utama di TV’ di Anugerah Seni Baeksang ke-56 baru-baru ini bagi lakonannya sebagai Ji Sun-Woo untuk siri ini. 

Drama menarik ini pasti membuatkan peminat terpikat dengan jalan ceritanya yang menarik, adegan balas dendam dan penceritaan yang penuh dengan liku.

Flower of Evil

Tayangan perdana yang disediakan pada hari yang sama seperti di Korea: siri Flower of Evil, yang dibintangi oleh Lee Joon Gi dan Moon Chae Won, serta Memorials, sebuah komedi drama yang dibintangi oleh Nana, dahulunya bintang dari Orange Caramel. 

Pelanggan yang meminati program popular, Running Man, dapat menikmati ‘10-years of Running Man’, dengan 100 episod yang boleh distrim pada bila-bila masa menerusi on demand dan di Astro GO sebagai sambutan ulang tahun ke-10 program ini. Peminat juga dapat menikmati episod terbaharu Running Man setiap Jumaat melalui saluran ONE (saluran 393). 

I-Land

Peminat K-pop juga boleh strim pelbagai program muzik, program realiti dan drama yang menampilkan K-Idol terhebat melalui on demand termasuklah: Tayangan perdana program realiti yang dinanti-nantikan iaitu I-LAND, pada 2 Julai. 

I-LAND dihasilkan oleh Big Hit Entertainment dan CJ E&M Entertainment yang merupakan program pencarian artis K-pop untuk generasi baharu di Korea dengan konsep yang menarik. Siri lengkap (boxsets) Road to Kingdom yang menampilkan Pentagon, ONF, Golden Child, The Boyz, Verivery, Oneus dan TOO; Super M: The Beginning2019 KCON New YorkReal Men 300 yang menampilkan Lisa (Blackpink), Hongseok (Pentagon), Shownu dan banyak lagi; Monchouchou Global House menampilkan Lee Dae-hwi (AB6IX) serta Farming Academy Musim 1 dan 2 yang menampilkan Bo Mi (Apink). 

Kemunculan semula yang paling dinanti-nantikan untuk Blackpink dan Seventeen dalam ‘K-pop Countdown (Inkigayo)’ pada 4 Julai.Drama K-Idol Rich Man yang menampilkan Suho (EXO); Revenge Note Musim 1 yang dibintangi oleh Cha Eun Woo (Astro); Touch yang menampilkan Yeonwoo (Momoland); Confession yang dibintangi oleh Lee Joon-Ho (2PM); Welcome yang dibintangi oleh L (Infinite); dan King of Hip Hop yang menampilkan Lee Ho-Won (sebelumnya dari Infinite), Lee Na-Eun (April) dan Shin Won-Ho (Cross Gene). 

Episod mingguan Master in the House yang menampilkan Cha Eun Woo (Astro); The Great Escape 3 yang menampilkan P.O (Block B) dan Shindong; Weekly Idol serta Best of Chef dan My Fridge.

Backstreet Rookie

Backstreet Rookie [Minggu Sama dengan Korea] (Tayangan Perdana) 27 Jun (setiap Sabtu & Ahad), 9.45mlm, ONE (saluran 393)*strim di Astro GO Juga disediakan di on demand melalui aplikasi iQIYI Diadaptasi dari Webtoon yang popular di Korea, ia menceritakan kisah cinta 24 jam yang tidak dapat diramalkan tentang gadis empat dimensi Jung Saet Byeol (Kim Yoo-jung) yang suka menyakat dan seorang pengurus kedai yang penyayang, Choi Dae Hyun (Ji Chang-wook), dalam konteks sebuah kedai serbaneka.

The World of the Married (Tayangan Perdana) 6 Julai (Isnin – Jumaat), 10.30mlm, Hello HD (saluran 702)* strim pada bila-bila masa di on demand dan di Astro GO Ji Sun-Woo merupakan seorang doktor perubatan. 

Dia berkahwin dengan Lee Tae Oh dan mereka mempunyai seorang anak lelaki. Dia nampak seakan memiliki segalanya, termasuk kerjaya yang stabil dan keluarga yang bahagia, tetapi dia dikhianati oleh suaminya dan orang lain. 

Sementara itu, Lee Tae-Oh bermimpi menjadi pengarah filem terkenal. Dia menjalankan perniagaan hiburan dengan sokongan isterinya Ji Sun-Woo. Walaupun dia mencintai isterinya, Lee Tae-Oh terjalin dalam hubungan yang berbahaya.

Suspicious Partner 8 Julai | Strim pada bila-bila masa di on demand dan di Astro GO 

Eun Bong Hee adalah pelatih pendakwa raya yang malangnya menjadi suspek pembunuhan. Noh Ji Wook yang merupakan pendakwa raya, cuba menolong Eun Bong Hee tetapi kehilangan pekerjaannya dalam proses perbicaraan itu. Selepas pendakwaan, Eun Bong Hee yang bebas dari jenayah telah jatuh cinta dengan Noh Ji Wook. 

Tetapi Noh tidak menerima cintanya tetapi menawarkan untuk membantunya dalam mencari suspek yang sebenarnya kerana pembunuh yang sebenarnya merancang untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.              

Warrior Baek Dong-Soo 15 Julai | Strim pada bila-bila masa di on demand dan di Astro GO 

Teman-teman zaman kanak-kanak Baek Dong Soo dan Yeo Woon sama-sama hebat dalam pertempuran. Tetapi sementara Baek Dong Soo menjadi pendekar pedang teratas di negeri ini, Yeo Woon akan terus melayani sekumpulan pembunuh rahsia yang bertujuan untuk menggulingkan takhta.  

Flower of Evil [Hari Sama dengan Korean] (Tayangan Perdana) 23 Julai, 9.45mlm, tvN HD (saluran 395)*strim pada bila-bila masa di on demand dan di Astro GO 

Seorang psikopat memalsukan sesuatu tentang masa lalunya yang kejam untuk mengahwini isterinya. Namun, rahsianya terbongkar setelah isterinya, seorang detektif, meragui dia sebagai suspek kes pembunuhan.

Memorials [Hari Sama dengan Korea] (Tayangan Perdana) 2 Julai, 9.10mlm, KBS World (saluran 392 HD / saluran 391)*strim pada bila-bila masa di on demand dan di Astro GO 

Goo Se Ra berasal dari latar belakang yang kurang berkemampuan, memutuskan untuk mencalonkan diri di dalam pilihan raya selain mendapat pekerjaan yang biasa. Dia kemudian bertemu dengan timbalan pengarah elit yang dilucutkan jawatan dan mereka bersama-sama bergabung untuk menghukum ahli politik yang korup.

10 Years of Running Man

10-years of Running Man 11 Julai | Strim di on demand dan di Astro GO

Raikan ‘10-years of Running Man’ dengan menikmati 100 episod yang memaparkan K-idols paling hebat juga bintang Hollywood termasuk Blackpink, Red Velvet, Twice, Mamamoo, Seventeen, Monsta X, SF9, Tom Cruise, Henry Cavill, Ryan Reynolds dan banyak lagi!

I-LAND (Tayangan Perdana)2 Julai, 11mlm, tvN HD (saluran 395)* strim di on demand dan di Astro GO 

‘I-LAND’ mengikuti proses pencarian kumpulan penyanyi lekaki K-pop generasi akan datang. Jangan terlepas untuk menyaksikan projek pertama terbitan CJ ENM dan Big Hit Entertainment’s BELIFT LAB!    

K-pop Countdown (Inkigayo) 4 Julai, 11.50pg, ONE HD (saluran 393)*strim di on demand dan di Astro GO 

Saksikan persembahan Blackpink dan Seventeen yang dinanti-nantikan semasa mereka melancarkan lagu (single) baru mereka! Strim program-program ini yang menampilkan I-Idols terhebat pada bila-bila masa di on demand dan di Astro GO.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Pecah Rekod Jualan Harian Selepas Tempoh Hibernasi

Senarai Filem Bakal Ditayangkan di Pawagam Julai Ini