in , ,

Nidza Afham, Razmansyah & Afiq Adnan Bergabung Bawa Lagu AIDILFITRI

Nidza Afham, Razmansyah Dan Afiq Adnan Kini Bergabung Kembali Dengan Riev Wafa Dalam Sebuah Lagu Raya Yang Menghiburkan

Trio kacak yang kini sudah pun membawa haluan masing-masing dengan single solo mereka, Nidza Afham, Razmansyah dan Afiq Adnan bergabung kembali, dan turut bersama mereka merupakan pendatang baharu, Riev Wafa mendendangkan sebuah lagu Raya berjudul ‘AIDILFITRI’ hasil ciptaan komposer terkemuka Sharon Paul bersama Afzad Bae, kerjasama di antara syarikat rakaman bebas, Werkit Records dengan jenama pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment.

“Siapa sangka kami dipertemukan semula dalam sebuah projek khas bersempena sambutan Hari Raya pada tahun ini yang merupakan idea kak Sharon Paul yang mahukan kami disatukan semula,” jelas Nidza Afham yang baharu sahaja tampil dengan single solo berjudul ‘Tambah Satu Lagi?”

Nidza Afham, Razmansyah & Afiq Adnan Bergabung Bawa Lagu AIDILFITRI

Setelah dua buah single yang menggabungkan mereka bertiga, setiap daripada mereka kini sudah pun bergerak secara solo dan aktif meneruskan kerjaya seni masing-masing, kongsi Razmansyah, “Saya kini mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan kerana mendapat beberapa tawaran daripada pihak  produksi filem dan TV tempatan.

“Namun sudah pastinya peluang seperti ini tidak akan saya lepaskan kerana Raya setahun sekali, jadi projek ini saya terima dengan hati terbuka.

Seperti lazimnya setiap tahun, lagu-lagu Raya pasti berkumandang ketika menjelangnya Ramadhan, dan menjadi ‘trend’ dalam menghangatkan bulan puasa. 

Sharon Paul selaku orang kuat Werkit Records terpanggil untuk menyemarakkan semangat kaum Muslim di bulan mulia ini dengan sebuah lagu Raya yang menghiburkan.

Nidza Afham, Razmansyah & Afiq Adnan Bergabung Bawa Lagu AIDILFITRI

“Kak Sharon Paul memanggil kami semula untuk menyanyikan lagu AIDILFITRI ini dan lebih meriah jika dinyanyikan bersama, lagi pula kami tidak pernah mempunyai lagu Raya sendiri dan ini adalah peluang yang tidak sepatutnya kami lepaskan kerana yalah Rayakan hanya setahun sekali,” kata Afiq Adnan yang bakal muncul dengan single duet bersama seorang penyanyi wanita.

Single Raya ini membawa seribu satu maksud dalam mengenang pahit manis bersama keluarga di Hari Raya, kongsi pendatang baharu, Riev Wafa yang turut dipanggil menjayakan lagu ini, “Walaupun secara rasminya saya buka artis Werkit Records, kak Sharon Paul menghubungi saya setelah melihat video-video nyanyian ‘cover’ saya di media sosial, saya rasa mata bertuah apabila dipelawa untuk berkolaborasi dengan Nidza, Razmansyah dan juga Afiq.

“Lagu ini menceritakan tentang sambutan Raya dalam mana-mana keluarga yang sering teringat akan kenangan bersama, tidak kira yang gembira mahupun sedih kerana pada AIDILFITRI nanti kita dapat berkumpul semula dan bermaaf-maafan bersama dan melupakan segala sengketa.

“Kami mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan lagu ini kerana menggabungkan 4 orang penyanyi yang berbeza, dan segala proses rakaman telah dilakukan di Studio Musicwerks. Ini juga merupakan pengalam pertama saya merakamkan lagu di studio dan banyak yang saya pelajari.

Lagu AIDILFITRI ini menggabungkan elemen muzik Melayu klasik seperti paluan kompang bagi menambah rasa kemeriahan dalam menyambut perayaan Hari Raya dan turut diserikan dengan elemen muzik moden bagi menyuntik rasa kelainan dalam komposisi ini.

Nidza Afham, Razmansyah & Afiq Adnan Bergabung Bawa Lagu AIDILFITRI

Kata Riev lagi, “Ini juga merupakan pengalaman pertama saya merakamkan sebuah MV (video muzik) dengan trio tersebut dan jalan ceritanya lebih kepada persiapan menjelang Hari Raya. 

Pelbagai pengalaman ketika berpuasa mahupun sewaktu Hari Raya telah dirasai oleh setiap dari mereka, namun masing-masing punya cerita yang tersendiri. Yang utama, AIDILFITRI tetap disambut meriah setiap tahun dengan cara yang tersendiri.

“Kami berempat berharap agar lagu ini menjadi lagu ‘wajib’ setiap tahun dan disukai oleh semua lapisan masyarakat serta mampu membuat pendengar merasa teruja untuk menyambut AIDILFITRI nanti,” akhiri Nidza.

Nidza Afham, Razmansyah & Afiq Adnan Bergabung Bawa Lagu AIDILFITRI

Lagu ‘AIDILFITRI’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Werkit Records.

Nidza Afham, Razmansyah & Afiq Adnan Bergabung Bawa Lagu AIDILFITRI

Tajuk : AIDILFITRI

Artis : Nidza Afham, Razmansyah, Afiq Adnan &Riev Wafa

Penulis Lirik : Sharon Paul & Afzad Bae

Komposer : Sharon Paul

Terbitan : Werkit Records & Rocketfuel Entertainment

(Chorus)

Aidilfitri hari kita 

Hari penuh makna

Aidilfitri hari kita 

Riangnya oh Raya

Hari mulia kita beraya

Gembira tawa bersama

Meraikan pagi ini dengan riang

Dam didida didum

Mercun berbunyi

Dikeheningan malam

Nikmat ini, hanya dari yang Ilahi…

Oh terlupa ku, pada dia yang aku idamkan

Ku menanti, jauh mata dekat di hati

Bermaaf-maaf lah kita sesama insan

(Chorus)

(Chorus)

Marilah menjamu selera

Jangan lah kita lupa duit Raya.

(Chorus)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM

Sempena Ulangtahun RTM, Wajah Baharu Berita Perdana Mulai 1 April 2023

YUNA

Selepas 7 Tahun, Yuna Kembali Dengan Single Melayu Berjudul MENANTI