in , ,

Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Ditahan Polis Atas Dakwaan Penyalahgunaan Dadah

Berita yang mengejutkan ramai peminat, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah ditangkap pegawai polis kerana didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan dadah. Tak sangka! Patutlah wajah Nia susut dan kurus sangat.

CNN Indonesia telah melaporkan, pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombes, Yusri Yunus berkata pasangan suami isteri itu telah ditahan dan bahan bukti dijumpai bersama.

“Saya mengesahkan penahanan sementara kedua-dua mereka yang dilakukan di Balai Polis Jakarta Pusat,”

– Yusri Yunus

Bagaimanapun, belum diketahui secara pasti mengenai kes yang menjerat pasangan ini, termasuk berkenaan barang bukti dadah serta kronologi penangkapan mereka.

“Tengahari ini selepas Zohor, saya akan mengadakan sidang media. Saya akan tunggu teman-teman di sana,”

– Yusri Yunus
Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Ditahan Polis Atas Dakwaan Penyalahgunaan Dadah

Berikut Adalah 4 Fakta Mengenai Penahanan Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie.

Ketua Polis Daerah Sahkan Penahanan

Dalam pernyataan Ketua Polis Daerah, Yusri Yunus kepada wartawan, beliau akui pasangan suami isteri tersebut sedang ditahan dan menjalani penyelidikan di Balai Polis Jakarta Barat.

Beliau juga berkata perincian penahanan ini akan diadakan pada hari ini (8/7/2021) dalam sebuah sidang media.

Lokasi Penangkapan

Menurut sumber ada yang mengatakan pasangan suami isteri ini ditangkap di sebuah restoran yang terletak di wilayah Jakarta. Berdasarkan sumber lain pula, Polis Jakarta Barat telah menangkap pasangan suami isteri ini ketika berada di daerah Pondok Indah, Kebayoran Lama.

Ada Barang Bukti Bersama 

Ketika ditahan oleh pihak polis, Yusri berkata pihak mereka telah menjumpai bahan bukti bersama dengan pasangan tersebut. Bahan bukti yang dirampas adalah dadah jenis metafetamin dan jumlah beratnya tidak diketahui.

Semasa ditahan oleh pihak polis, Nia dan suaminya telah disyaki sedang mengambil dadah tersebut.

Tiada Respon Dari Pihak Nia Ramadhani 

Tular berita penangkapan aktres Nia dan suaminya, Ardi, pihak aktres ini tidak memberi sebarang respon sehingga sekarang. Malah situasi ini membuatkan ramai warganet yakin pasangan tersebut sudah lama menggunakan dadah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Belum Sampai Tahap Kibar Bendera Putih, Ini Yang Dilakukan Oleh Izam EYE

Bekas Pemain Perkusi, Azizan Rabbani Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti COVID-19