in , , ,

New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020

Kembali Ke Arkib Masa Lalu New Balance Februari Ini

New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020

850 – RRP RM439

Membawakan anda era “moden klasik” dengan lapisan warna dan siluet minimalis

Lebih dua dekad selepas kemunculannya pada tahun 90-an, New Balance 850 membuat kemunculan semula dengan sentuhan moden dan penuh tenaga pada rupa ikoniknya. Menampilkan reka bentuk alternatif tanpa logo di tepi – sesuatu yang radikal bagi New Balance pada tahun 1996 – rilisan terkini ini menampilkan gaya “colour blocking” yang ekspresif berserta penggunaan material yang premium. Kasut ini juga mempunyai midsole ABZORB klasik untuk menawarkan sokongan dan kestabilan, didorong oleh system posing Rollbar yang mengurangkan pergerakan kaki belakang. Dengan gabungan mesh, kulit, penyaduran dan butiran reflektif dalam pelbagai warna berserta outsole getah penuh, 850 adalah definisi estetik ’90-an dengan keperibadiannya yang unik.

New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020

Tersedia dalam warna baru di semua kedai New Balance Experience.

New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020

Heritage Pack – RRP RM89-469

We’ve got the skinny on making ‘70s retro cool again.

Melangkah lebih jauh lagi ke dalam sejarah New Balance dengan Heritage Pack, menampilkan sneaker COMP100 dan barisan pakaian yang elektrik. Kebangkitan semula COMP100 ini kekal sejati dengan ciri-ciri ’70-an – siluet yang licin dan berprofil rendah, dibentuk oleh bahagian atas kulit yang disokong oleh unit outsole Vibram® MegaGrip untuk daya genggaman yang kuat. Menjanjikan keselesaan tapak kaki yang unggul dengan gaya “old school”, anda pasti akan menyukai sneaker ini! Ditambah dengan kepelbagaian pakaian, dari jaket poliester berwarna-warni ke t- shirt grafik dan seluar yang penuh gaya. Dengan pelbagai pilihan untuk anda, mari kembali ke zaman ’70-an New Balance dengan Heritage Pack.

COMP100 dan heritage apparel tersedia di semua kedai New Balance Experience.

Inspire The Dream Pack – RRP RM439-799

Ambil halaman dari buku sejarah dan meraikan semangat kemerdekaan tanpa rasa takut dengan New Balance.

Khas untuk “Black History Month” yang memperingati perjuangan untuk kebebasan di Amerika, Inspire The Dream Pack dari New Balance didedikasikan untuk memberi inspirasi menyatukan generasi hari ini. Menampilkan 850, 997, OMN1S dan 574 (mengikut arah jam dari sebelah kiri bawah), siri ini meraikan pencapaian atlet seperti pemain bola keranjang Kawhi Leonard, merangkumi gaya pemikiran dan keberanian untuk mengubah peraturan gaya hidup dengan dengan cara tersendiri. Dalam warna-warna yang menarik seperti biru laut, kelabu, merah dan emas, Inspire the Dream Pack mempunyai keperincian yang tajam seperti midsole speckling pada 850 dan 574, dan band midfoot khas yang tertulis “Inspire” pada OMN1S.

Inspire The Dream boleh didapati di New Balance Pavilion KL, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Midvalley Southkey.

New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020 New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020 New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020 New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020 New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020 New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020

Tentang New Balance

New Balance, yang beribu pejabat di Boston, MA mempunyai misi berikut: Menunjukkan kepimpinan yang bertanggungjawab, membina jenama global yang atlet berbangga memakai, rakan-rakan bangga mencipta dan masyarakat bangga menjadi tuan rumah. New Balance kini merupakan satu-satunya syarikat kasut utama yang mengeluarkan kasut sukan di A.S. dengan 25% jualan kami di A.S. dihasilkan di lima kemudahan New England. Syarikat ini juga mengendalikan kemudahan perkilangan di Flimby, U.K. New Balance mempunyai lebih daripada 4,000 rakan kongsi di seluruh dunia, dan pada tahun 2012 melaporkan jualan di seluruh dunia sebanyak $ 2.39 bilion. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana New Balance Makes Excellent Happen, sila lawati https://www.newbalance.com.

New Balance Lancar Kasut Terbaharu Sempena 2020

Lawati Kedai New Balance Experience:

PAVILION KL

Lot 5.10 Level 5 Jalan Bukit Bintang, 55100 KL

SUNWAY PYRAMID

F1.52 First Floor Bandar Sunway, 46150 PJ

ONE UTAMA

1-Utama Phase 2 Lot S303B Second Floor, 47800 PJ

MIDVALLEY MEGAMALL

T-015F Third Floor Lingkaran Syed Putra, 59200 KL

IMAGO KK TIMES SQUARE
Lot G40 Ground Floor Off Coastal Highway,

JB CITY SQUARE

J1-14 & 15 First Floor Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru

QUEENSBAY MALL PENANG 100-LG-91 Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas

MID VALLEY SOUTHKEY T-015F Third Floor The Mall, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru

JOHOR PREMIUM OUTLETS

Suite No 520
Jalan Premium Outlets Indah Pura 81000 Kulai Jaya

MITSUI OUTLET PARK

F14 First Floor Persiaran Komersial 64000 KLIA

GENTING PREMIUM OUTLET

Suite No 216, High Street Plan 69000 Genting Highlands

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Say Model | 19

Program Realiti Kerjaya Impian Kanak-Kanak Dalam ALL OVER THE WORKPLACE

Abam Bocey 2020 | 20

Anak Abam Mula Tercari-Cari Bapanya