in ,

Netizen Tertanya-Tanya Mana Single TIGER OF AL QUDS Caprice?

Lama menyepi dari media sosial, penyanyi Caprice sudah hampir sebulan tidak membuaat sebarang perkongsian di media sosial Instagram miliknya.

Jika diikutkan, Caprice sepatutnya melancarkan single lagu terbarunya yang berjudul Tiger of Al Quds pada 21 Oktober setelah ditangguhkan dari 10 Oktober lalu.

Lagu tersebut difahamkan telah dirakamkan di Jordan dan Mesir ketika Caprice sedang dalam melengkapkan misi kemanusiaannya di Palestin yang tertunda akibat karenah birokrasi seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Caprice Dibawa Ke Hospital Di Jordan Akibat Diserang Panic Attack

Menjengah ke ruangan Instagram, penyanyi lagu Baby Sayang itu kali terakhir dilihat memuat naik hantaran adalah pada 8 Oktober lalu apabila dia memberi sedikit pandangan mengenai isu gangguan seksual di pejabat.

Ia sekaligus mencetuskan perasaan tanda tanya dalam kalangan netizen yang rata-ratanya musykil dengan keberadaan Caprice pada ketika ini.

Malah, usaha sebuah portal media untuk menghubunginya juga menjumpai jalan buntu apabila sebarang panggilan telefon dan juga pesanan WhatsApp tidak dibalas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar Mahu Saman Pengguna Twitter, Lawak ‘Double Meaning’ di Konti Radio?

Perdana Menteri Umum Duit Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500, Ini Cara Mudah Nak Semak