in , ,

Netizen Terkejut Penampilan Terbaharu Diana Danielle, Betul Ke Buat Hidung?

Umum mengetahui, hari ini Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini memerintahkan hak penjagaan penuh dua anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora diberikan kepada pelakon, Diana Danielle.

Sementara itu, penampilan Diana ketika hadir di mahkamah hari ini menjadi perhatian netizen.

Menerusi ruangan komen video dikongsikan di TikTok Oh Bulan, ada netizen mendakwa wajah Diana kelihatan berbeza apabila hidungnya dilihat agak mancung.

DIANA DANIELLE

Kalau korang tengok ruangan komen, ada juga yang berpendapat bahawa pengubahsuaian bentuk hidung Diana seiring dengan kehidupan barunya selepas bercerai dengan Farid Kamil baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada betul Diana ubah bentuk hidungnya ataupun memang ‘angle’ dari kamera yang menampakkan hidungnya lebih mancung. Apa pandangan korang?

Dalam video berkenaan, Diana yang baru tiba di mahkamah tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai kes perceraiannya memandangkan ianya sudah pun selesai.

Pada 10 Ogos lalu, rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu.

Farid melafazkan talak menerusi panggilan video berikutan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Samsung Odyssey OLED G9 Dinamakan ‘Pilihan Editor’ & ‘Pilihan Teratas’

MENTERI BESAR KEDAH, DATUK SERI MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Tular Wajah Zaman Muda MB Kedah Sanusi Buat Ramai Netizen Terpegun!