in , ,

Netizen Masih Ungkit, Sarah Hildebrand Nafi Dakwaan Bakar Tudung Naelofar

Antara topik yang hangat diperbualkan netizen minggu ini ialah apabila pelakon Sarah Hildebrand telah mengambil keputusan menanggalkan tudung. Isu ini menjadi lebih panas apabila netizen mengaitkan Sarah Hildebrand dengan keputusan Neelofa yang kini melakukan penghijrahan dengan memakai niqab.

Selain memberikan kata-kata nasihat di Instagram pelakon tersebut, terdapat sebilangan netizen yang mengecam dan masih mengaitkan Sarah dengan kontroversi pelancaran tudung jenama Naelofar di Zouk, Kuala Lumpur. Kesempatan tersebut diambil warganet untuk mengungkit kembali tindakan Sarah ketika itu dan mendakwa pelakon berdarah kacukan ini membakar tudung-tudung berjenama Naelofar dan lantang mengkritik Neelofa di ruangan IG Live.

Netizen Masih Ungkit, Sarah Hildebrand Nafi Dakwaan Bakar Tudung Naelofar

Sarah bagaimanapun telah menafikan perkara tersebut dan meminta warganet menghentikan fitnah terhadapnya.

“Hanya dua perkara saya nak jelaskan tentang isu Zouk. Yang pertama, saya tidak bercakap tentangnya di ruangan IG Live dan yang kedua, saya tidak membakar hijab-hijab tersebut.

“Jangan memfitnah, terima kasih” 

– Sarah Hildebrand
Netizen Masih Ungkit, Sarah Hildebrand Nafi Dakwaan Bakar Tudung Naelofar

Selain itu Sarah turut memohon agar nama suaminya Otto Gillen tidak dikaitkan dengan keputusannya membuka tudung.

“Satu lagi, tolong berhenti menyalahkan Otto Gillen, itu juga fitnah!,”

– Sarah Hildebrand menerusi ruangan IG Stories semalam (Sabtu).

Dalam pada itu di ruangan komen IG Stories, Sarah turut berkongsi kata-kata positif dan semangat daripada para peminat yang turut mendoakan dirinya.

Netizen Masih Ungkit, Sarah Hildebrand Nafi Dakwaan Bakar Tudung Naelofar

Tiga hari lalu, ramai yang terkejut apabila pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand berkongsi sekeping gambar dirinya dan suami tanpa mengenakan hijab di IG.

Sarah yang mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015 lalu itu juga, seolah-olah mahu peminat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Izzue Islam Kasi Tips Elak Ditipu Scammer, Guna Aplikasi SEMAK MULE dari PDRM

Ifa Raziah Nafi Ikut Jejak Neelofa Berniqab, Mahu Berubah Secara Perlahan