in , ,

Netflix Siar Stranger Things 4 Volume 1 Episod 1 Selama 8 Minit Di Youtube

Sempene dengan tayangan drama Siri Stranger Things musim ke-4 7 yang bakal hadir menemui penggemar pada minggu hadapan, Netflix telah memberikan buah tangan menarik kepada peminat siri popular itu.

Dengan memberikan durasi lebih panjang iaitu lima jam lebih lama dari mana-mana sesi sebelumnya, musim keempat Stranger Things akan bersaiz lebih besar dengan melancarkan Bab 1 (episod 1 hingga 7) pada 27 Jun, diikuti dengan kesimpulan epik Bab 2 (episod 8 dan 9) pada 1 Julai. 

Lebih mengujakan, Netfliz turut menayangkan sebuah video terbaru yang menampilkan babak lapan minit pertama Stranger Things 4. 

berita

Sinopsis: Stranger Things berlatarkan tahun 1980an di sebuah pekan fiksyen Hawkins, Indiana. Apabila seorang budak muda hilang, bandar kecil itu membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa supernatural yang menakutkan dan seorang kanak-kanak perempuan yang pelik.

It’s been six months since the Battle of Starcourt, which brought terror and destruction to Hawkins. Struggling with the aftermath, our group of friends are separated for the first time – and navigating the complexities of high school hasn’t made things any easier. In this most vulnerable time, a new and horrifying supernatural threat surfaces, presenting a gruesome mystery that, if solved, might finally put an end to the horrors of the Upside Down. 

ST4_Character_EDDIE_Vertical_27x40_RGB_1500x2222

Siri ini dibarisi pelakon seperti Winona Ryder, David Harbour, Millie Bobby Brown, Finn Wolfhard, Noah Schnapp, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Joe Keery, Charlie Heaton, Sadie Sink, Maya Hawke, Priah Ferguson, Cara Buono, dan Brett Gelman.

Musim 4 akan memperkenalkan beberapa karakter baru termasuklah dari bintang Nightmare on Elm Street, Robert Englund sebagai Victor Creel, Jamie Campbell Bower sebagai Peter Ballard, Eduardo Franco sebagai Argyle, Joseph Quinn sebagai Eddie Munson, Sherman Augustus sebagai Lt. Kolonel Sullivan, Mason Dye sebagai Jason Carver, Nikola Djuricko sebagai Yuri, Tom Wlaschiha sebagai Dmitri, Myles Truitt sebagai Patrick, Regina Ting Chen sebagai Cik Kelly, dan Grace Van Dien sebagai Chrissy.

STRANGER THINGS (2022)

Bintang Anne With an E, Amybeth McNulty turut terlibat dalam siri ini dengan memainkan peranan penting sebagai Vickie.

Stranger Things dicipta dan diterbitkan oleh Matt dan Ross Duffer, yang turut berkhidmat sebagai showrunners. Penerbit eksekutif adalah Shawn Levy, Dan Cohen dan Lain Patterson.

STRANGER THINGS (2022)
STRANGER THINGS (2022)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Dulu Pernah Hidup Susah, Kerja Penarik Kereta,’ – MK K-Clique

Ustaz Adnin Perkenalkan One Path, Kumpulan Nasyid Generasi Baru