in , ,

Neonate Tampil Dengan ‘Love Story’ Baharu di KL Fashion Week 2025

Kisah Luka, Pengkhianatan Dan Evolusi Streetwear Dalam Koleksi Neonate

Bila kita bercakap tentang fesyen, jarang sekali ada jenama yang berani menyentuh topik cinta yang dikhianati dan luka lama — tetapi itulah yang NEONATE lakukan dengan penuh berani untuk Spring/Summer 2026. Pada tanggal 6 Ogos 2025, bertempat di Pavilion Kuala Lumpur, NEONATE tampil di pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2025(KLFW) dengan satu koleksi yang betul-betul mengubah persepsi orang ramai terhadap erti ‘cinta’ dan ‘perkahwinan’ dalam dunia streetwear.

Neonate Tampil Dengan 'Love Story' Baharu di KL Fashion Week 2025

Love Story: Interpretasi Gelap Tentang Cinta Dan Perkahwinan

Koleksi Love Story bukan sekadar baju untuk dipakai — ia adalah satu naratif, satu perjalanan yang penuh emosikekecewaan dan kebangkitan. Menurut Karl Shafek Ibrahim, Pengasas dan Pengarah Kreatif NEONATE, koleksi ini lahir dari inspirasi peribadi tentang bagaimana seseorang mampu bangkit lebih kuat selepas dikhianati cinta.

“Koleksi ini adalah kisah tentang bagaimana seseorang bangkit semula sebagai individu yang lebih kuat dan bijak selepas dikhianati. Ia adalah refleksi terhadap luka lama yang membentuk siapa kita hari ini,”

– Karl Shafek
Neonate Tampil Dengan 'Love Story' Baharu di KL Fashion Week 2025

Bayangkan suasana majlis perkahwinan, tetapi semuanya nampak misteri, serba kelam dan penuh rahsia. Setiap rekaan NEONATE menggambarkan watak ‘tetamu’ di majlis perkahwinan, masing-masing membawa beban luka dan kisah silam yang tidak pernah dilafazkan. Inilah Love Story versi Neonate — penuh twist, bukan klise cinta biasa.

Karl Shafek mendedahkan hanya mengambil masa tiga minggu untuk menyiapkan koleksi jenamanya, NEONATE bagi pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025.

Menurut Karl, kekangan masa itu berlaku kerana beliau perlu memberi tumpuan menjaga bapanya yang sedang sakit. Namun, beliau tetap komited menyiapkan rekaan demi menghormati komitmen terhadap acara berprestij tersebut.

Neonate Tampil Dengan 'Love Story' Baharu di KL Fashion Week 2025

Evolusi Berani Dan Tekstil Eksperimental Jadi Tarikan

Kalau anda ingat streetwear itu hanya sekadar hoodie atau t-shirt longgar, NEONATE ingin anda fikir dua kali. Koleksi terbaru ini menampilkan eksperimen tekstil yang memang luar jangkaan — daripada lace yang melambangkan kerapuhan, kepada kulit yang keras dan garang, denim untuk aura rebel, dan kapas tebal untuk keselesaan tetapi dalam siluet yang sangat progresif dan disruptif.

Pendekatan eksperimental NEONATE kali ini memang ketara — “Kami nak bawa streetwear ke level yang lebih matang dan ada identiti sendiri,” ujar Karl lagi. Setiap potongan dan perincian pada pakaian diolah untuk memberi impak visual yang berbeza, menandakan evolusi NEONATE daripada jenama yang dulu lebih ‘casual’ kini kepada gaya yang lebih dewasa dan mendalam.

Neonate Tampil Dengan Love Story Baharu Di KL Fashion Week 2025

Penjenamaan Semula Dan Logo Baharu, Simbol Masa Depan Neonate

Satu lagi kejutan yang NEONATE bawa tahun ini ialah penjenamaan semula dan pengenalan logo baharu. Kalau anda peminat setia NEONATE, pasti perasan yang visual baharu ini nampak lebihfuturistik, mantap dan melambangkan arah tuju jenama ini yang kini berani bersaing di pentas yang lebih besar. Logo baru bukan sekadar hiasan, tapi simbol revolusi — satu “reset button” yang menandakan NEONATE sudah bersedia berdepan apa saja cabaran masa depan.

Neonate Tampil Dengan Love Story Baharu Di KL Fashion Week 2025

KLFW 2025: Pentas Eksklusif Untuk Cinta, Luka Dan Harapan

Debut koleksi Love Story akan berlangsung di pentas eksklusif Kuala Lumpur Fashion Week 2025, Pavilion Kuala Lumpur, pada 6 Ogos 2025, jam 3.00 petang. Inilah saat di mana semua mata akan tertumpu kepada NEONATE, menanti untuk melihat sejauh mana ‘luka’ dan ‘pengkhianatan’ diterjemahkan dalam bentuk busana yang menggugah emosi. Bagi mereka yang rindukan kelainan dalam fesyen Malaysia, inilah waktunya untuk buka mata.

Neonate Tampil Dengan Love Story Baharu Di KL Fashion Week 2025

Apa Kata Budiey?

Secara peribadi, Budiey memang kagum dengan keberanian NEONATE dalam mengetengahkan tema Love Story yang jauh dari ‘fairy tale’ biasa. Dalam industri yang selalu bermain selamat, NEONATE membuktikan mereka bukan sekadar ikut arus tapi sanggup mencorak haluan sendiri — bukan mudah untuk sentuh soal pengkhianatan, luka dan kebangkitan dalam bentuk koleksi fesyen.

Dari segi kreativiti dan storytelling, NEONATE sudah melangkah satu tapak ke depan, membawa naratif lebih mendalam dan relatable untuk generasi hari ini. Bagi anda yang bosan dengan fesyen yang klise dan membosankan, inilah masanya untuk tengok sendiri ‘Love Story’ di KLFW 2025. Jangan terlepas, sebab Budiey yakin koleksi ini akan jadi bualan hangat selepas persembahan nanti!

Neonate Tampil Dengan Love Story Baharu Di KL Fashion Week 2025
Neonate Tampil Dengan Love Story Baharu Di KL Fashion Week 2025
Neonate Tampil Dengan Love Story Baharu Di KL Fashion Week 2025

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

vivo Tawar Hadiah Menarik di Roadshow Superday Pavilion Bukit Jalil