in ,

WinWin LoveLove CuteCute OMG!OMG!

Neonate Company Menghamparkan Koleksi Nomad di KLFW19

Kembali ke pentas KL Fashion Week untuk kali yang ketiga, Neonate memanifestasikan Koleksi Cruise yang diberi nama Nomad.

Sesuai dengan pengertian Nomad yang membawa maksud petualangan dari satu lokasi ke lokasi berlainan, koleksi ini mengetengahkan palet warna eksentrik, sesuai dengan koleksi yang diinspirasikan daripada nuansa rutin wisata seluruh dunia.

Nomad diindahkan dengan medley rona hitam, biru, kuning, jingga, hijau dan merah. Namun, pemilihan warna putih dikurangkan supaya sinonim maksud Cruise itu tidak tertakluk hanya kepada percutian atas kapal semata-mata.

Hal ini kerana, percutian boleh disifatkan sebagai berwarna warni jika ia dilangsungkan dengan menggunakan kereta api, pesawat atau hanya dengan memandu kenderaan persendirian.

Tonton Video Penuh Sekitar Pertunjukan Fesyen NEONATE CLOTHING di KLFW 2019

Dari segi pemilihan fabrik, Neonate menghimpunkan material-material yang belum pernah digunakan dalam koleksi sebelum ini. Antaranya TPU, plastik, getah dan lycra.

Pemilihan fabrik-fabrik ini bukan sahaja disebabkan materialnya yang sinonim dengan koleksi Cruise, malah dapat memudahkan si pemakai untuk membawa setiap helaian saat bepergiaan, terutama lokasi dengan empat musim.

Neonate Company Menghamparkan Koleksi Nomad di KLFW19

Secara estetik, Nomad diungguli padanan nuanasa retro dan funk 80an dan 90an – sesuai dengan peragaan rekaan Neonate sejak dahulu.

Disesuaikan dengan gaya terkini, ekstetik kali ini dipadankan dengan beberapa aksesori seperti getah dan rantai plastik serta elemen tradisional, tekad. Elemen-elemen ini menjadikan Nomad tidak terlalu sarat dan tidak juga terlalu lompang.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, tumpuan khalayak bakal dicuri dengan aksesori beg bantal empat tingkat yang diterjemahkan daripada bantal yang sering di bawa ke atas pesawat.

Dengan 25 pasangan persalinan, Nomad bakal mengubah dimensi wisata sedia ada menjadi sebuah perjalanan dengan penuh perincian.

Untuk mendapatkan koleksi dari Neonate, anda boleh mengunjungi butik Neonate seperti di alamat yang tertera di bawah:

NEONATE CLOTHING COMPANY
20-2, JALAN ARA SD 7/3A, BANDAR SRI DAMANSARA, 52200, KUALA LUMPUR.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Raja Ahmad Alauddin Meninggal Dunia

Peraduan Premiere With Budiey Filem SAAHO