in , ,

Neelofa Terus Kunci Mulut Walaupun Netizen Nampak Jelas Baby Bump

Status kehamilan Noor Neelofa masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen sehingga ke hari ini. Terbaru, netizen mendakwa mereka yakin bahawa isteri kepada PU Riz itu sedang hamil.

Menerusi sebuah posting di Instagram, netizen mendakwa sosok tubuh Neelofa kelihatan ketara berbeza daripada sebelum ini. Ujar netizen, ‘baby bump’ Neelofa juga semakin terlihat ‘besar’ dan teka-teki mengenai status kehamilannya mungkin bakal terjawab tidak lama lagi. Pada masa yang sama, netizen turut memerhati cara pemakaian Neelofa yang lebih selesa memilih jubah sejak belakangan ini.

Neelofa Terus Kunci Mulut Walaupun Netizen Nampak Jelas Baby Bump

Meskipun tuan empunya badan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status kehamilannya, rata-rata netizen khususnya para peminat tetap mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan suaminya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dakwa Belum Bayar Hutang RM200K, Influencer ‘Sumpah’ Anak Atta Halilintar

Samsung Galaxy Z Flip3 5G: Serving Iconic Looks, Starting with You