in ,

Neelofa Nasihat Orang Ramai Supaya Sokong Produk Tempatan & Bantu Peniaga Kecil

Marilah sama-sama kita membantu peniaga kecil dengan membeli produk mereka sekadar mampu untuk mengelakkan ekonomi kita semua jatuh merudum.

Pelakon dan pengacara Neelofa memberi kata-kata semangat kepada warga Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang dikehendaki mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB telah bermula pada jam 12.01 tengah malam, mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober.

Neelofa Nasihat Orang Ramai Supaya Sokong Produk Tempatan & Bantu Peniaga Kecil

Menurut Neelofa, 31, dia percaya kita semua boleh menangani wabak ini sekiranya bersepakat.

“Saya tahu ketika ini semua orang mempunyai perasaan yang bercampur baur tetapi ini merupakan salah satu cara terbaik bagi menangani penularan wabak Covid-19.

“Saya percaya yang kita semua mampu menghadapinya bersama. Ikutilah SOP dan hanya keluar rumah jika ada urusan penting sahaja. Paling penting sekali, kita jaga kita,”

– Twitter Neelofa
Neelofa Nasihat Orang Ramai Supaya Sokong Produk Tempatan & Bantu Peniaga Kecil

Dalam pada itu, bekas hos MeleTop tersebut berharap agar tempoh PKPB ini tidak menjejaskan peniaga-peniaga kecil.

Justeru, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menyeru agar ramai-ramai bantu mempromosi dan membeli barang produk tempatan.

“Mendoakan dan berharap, agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya.

“Jom kita sokong sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan!” tulisnya lagi.

– Twitter Neelofa
Sumber : Twitter Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luahan Cinta Mia Lateefa Dalam Single HUJUNG DUNIA

Naik Berang, Chacha Maembong Nafi Bisnes Guna Dana Macau Scam & Judi Online