in , , ,

Neelofa Nafi Jadi Punca Pergolakan Rumah Tangga Nabila & Sharnaaz Ahmad

Wanita cantik dan berjaya seperti Neelofa sentiasa diuji. Terbaru, nama selebriti ini dikaitkan dengan pergolakan rumahtangga kakaknya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Betul ke ni?

Neelofa

Pelakon dan pengacara, Neelofa Mohd Noor menafikan dakwaan mengatakan dirinya menjadi punca kepada kemelut rumah tangga yang dilalui kakaknya, Noor Nabila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Neelofa berkata demikian semasa ditemui media di majlis sidang media pengumuman Pencalonan Top 5 Anugerah Meletop Era 2019 yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur tanggal 19 Mac 2019.

Menurut hos program Meletop itu, tuduhan itu adalah sesuatu yang mengarut dan ia tidak benar sama sekali. Memang tak masuk akal.

Neelofa

“Tuduhan itu tidak masuk akal. Saya sayang kakak dan anak saudara.

“Saya harap orang ramai terutama rakan dan keluarga memberikan sokongan dalam apa jua situasi yang mereka hadapi sekarang,”


– Neelofa

Neelofa yang enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara itu bagaimanapun berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk kakak dan abang iparnya itu.

Desas-desus keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mulai diperkatakan apabila aktor berkenaan sering kali berkongsi status di laman sosial, seakan-akan memberikan bayangan tentang konflik yang sedang melanda bahtera perkahwinannya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lapan bulan.

Neelofa

Sebelum itu, di sidang media yang sama Neelofa dan juga Nabil telah menarik diri dari pencalonan Top 5 Anugerah Meletop Era 2019 supaya tak nak dikatakan syok sendiri sebab program MeleTOP dah sinonim dengan nama mereka sebagai pengacara.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Janna Nick

AIFFA 2019 Bakal Himpunkan Karyawan dari 10 Negara ASEAN

Produk Biasa Jadi Luar Biasa Dalam Dokumentari Inggeris HOW IT’S MADE Siri 15