in , ,

Neelofa Junior, Che Naura Auni Curi Perhatian Dalam Parodi PELUANG KEDUA

Kanak-kanak viral, Che Naura Auni sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dalam sebuah video parodi lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dengan penampilan khas, MK K-Clique. Video parodi ini menampilkan Adam Ghadafi sebagai MK.

Kanak-kanak viral, Che Naura Auni kini tampil dalam sebuah video parodi lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali dengan penampilan khas, MK K-Clique.

Video parodi itu mula ditayangkan di YouTube pada pukul 5 petang hari Isnin lalu, 7 September 2020.

Neelofa Junior, Che Naura Auni Curi Perhatian Dalam Parodi PELUANG KEDUA

Dalam masa kurang dua jam, jumlah tontonan video itu telah mencecah lebih 7,000.

Naura kelihatan begitu comel melakonkan babak seperti yang dilakukan oleh Nabila dalam video muzik asal lagu tersebut.

Tidak berseorangan, video parodi ini juga menampilkan Adam Ghadafi, kanak-kanak comel yang turut berlakon bersama Naura.

Neelofa Junior, Che Naura Auni Curi Perhatian Dalam Parodi PELUANG KEDUA
Turut menampilkan Adam Ghadafi, kanak-kanak comel yang turut berlakon bersama Naura.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kecomelan mereka dalam video parodi yang dikongsi menerusi akaun Mask Team di YouTube ini!

Terdahulu, Naura mencuri perhatian ramai kerana wajah dan gayanya mirip selebriti terkenal Neelofa.

Malah, dia juga pernah bertemu Neelofa sewaktu hos itu masih mengacarakan program MeleTOP tahun lalu.

Neelofa Junior, Che Naura Auni Curi Perhatian Dalam Parodi PELUANG KEDUA

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Takpe Saya Buncit, Janji Boyfriend Kaya,” – Atikah Suhaime

Filem JEBAT Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh Empat Hari Tayangan