in , ,

Neelofa Dedah Sebab Berniqab di IG Live, Kasih Neelofa Bersama PU Riz Dapat Sambutan

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan bersempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal. Amalan sambutan ini bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salah satu tanda sesorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran baginda, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh baginda.

neelofa

Neelofa Dipuji Atas Perkongsian Program Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Mengambil kira hari penting ini, selebriti terkenal negara, Neelofa telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu siaran langsung melalui Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa.

Perkongsian lebih kurang satu jam itu padat dengan pengisian yang boleh diambil pengajaran, antaranya:-

  1. Peringatan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah.
  2. Maksud sunnah iaitu percakapan, perbuatan, dan perkara yang dibenarkan oleh Rasulullah.
  3. Memulakan pagi dengan menyebut serta memuji Allah.
  4. Wanita boleh memilih mana-mana pintu syurga dengan 4 syarat.
  5. Dunia ini adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Neelofa juga akhirnya mendedahkan sebab dia mengenakan niqab menerusi sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, pada Khamis.

PU RIZ

Neelofa berkata, keputusan untuk memakai niqab bukan perkara mudah malah tidak pernah terfikir untuk tentang perkara tersebut selama ini.

Namun selepas memahami dan mengetahui tentang ganjaran yang akan diperoleh, Neelofa mengorbankan perkara paling disukainya iaitu tentang kecantikan.

“Wanita memang sukakan kecantikan. It’s all about beauty, semua nak cantik…Pantang ada produk cantik semua nak beli, sebab itulah lumrah wanita.

“Saya sendiri nak tutup wajah saya dengan niqab ni pun bukan satu perkara yang mudah. Saya tak pernah terfikir akan mengenakan niqab

“Tetapi selepas saya faham dan saya tahu tentang ganjaran dan juga apa yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang saya paling suka iaitu tentang kecantikan,”

– Neelofa

Selain itu Neelofa turut berkongsikan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita dan tafsir mengenai ‘Hur Al-Ayn’ (Bidadari Syurga) daripada Al-Quran mengenai kecantikan sebenar seorang wanita.

Selain Neelofa dan PU Haris (PU Riz) yang merupakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, perkongsian ilmu tersebut turut menampilkan Khairul Hakimin Muhammad sebagai moderator.

NEELOFA

Acara live tersebut ditonton kira-kira 30,000 penonton secara dalam talian.

Rata-rata komen yang ditinggalkan ketika sesi live itu berterima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, serta memuji kefahaman ilmu yang dimiliki Neelofa.

Mereka juga berharap agar Pertubuhan Kasih Neelofa terus menyebarkan ilmu dan dakwah pada masa akan datang.

Video yang dimuatnaik di laman sosial Istagram Kasih Neelofa pada jam 12 tengahari itu telah mencapai lebih 600,000 tontontan ketika artikel ini ditulis.

Laman sosial tersebut juga baru dibuka pada 22 Jun lalu dan telah memiliki 102,000 pengikut setakat ini.

Antara yang dikongsi pada laman sosial Kasih Neelofa ialah mengenai program-program dijalankan seperti Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, yang dilancarkan Julai lalu.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Jujunya Saya Menangis,” Fedtri Yahya Dedah Kisah Semasa Menulis Lirik KASIH PADAMU

Pandemik Covid-19, Operasi Pawagam Seluruh Negara Akan Ditutup November Ini