in ,

Neelofa Bakal Dilantik Duta Aplikasi Line

[dropcap]S[/dropcap]emasa asyik menonton drama Kampung Girl di TV3 lakonan Akim Ahmad semalam, Budiey ada terlihat iklan terbaru dari aplikasi LINE. Wah, iklan ini dilakonkan oleh Neelofa. Nampaknya, iklan Siwon digantikan pula dengan penampilan terbaru dari si jelita Neelofa ni. Tak sampai dua tiga bulan rasanya. Mantap betul Line nih.

[pullquote align=”right”]Budiey dikhabarkan nama Neelofa bakal dilantik sebagai duta aplikasi Line tak lama lagi. Wah, tahniah Neelofa.[/pullquote]

Selepas Choi Siwon diumumkan sebagai duta Line baru-baru ini, Neelofa pula mengharumkan nama negara apabila menjadi artis Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta aplikasi Line.

Satu majlis khas sempena perlantikan Neelofa sebagai duta Line akan diadakan sekitar minggu depan. Seiring dengan perlantikan rasmi tersebut, iklan komersial yang menampilkan Neelofa untuk LINE akan disiarkan di televisyen, Billboard dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, sebelum ini antara selebriti terkenal tanah air yang telah memiliki LINE Official Account termasuk Zizan Razak (Raja Lawak), Danny One, Liyana Fizi, Isaac Dang, Chris Tong Bing Yu, Jane Ng dan Keqing. Dan jumlah pengguna LINE di seluruh dunia melebihi 130 juta orang meliputi 231 buah negara di Asia, Amerika, Eropah dan Afrika.

Tahniah Lofa! Lepas ni para peminat bolehlah lebih kerap berkomunikasi dengan Lofa menerusi aplikasi tersebut. Sambil bolehlah saling ‘kirim-mengirim sticker yang comel-comel dengan aktres ini.

Dalam perkembangan lain, sempena Aidilfitri ini, Lofa akan muncul menerusi Kecoh Pengacara Beraya. Program gameshow itu turut menampilkan seorang lagi pengacara Nona iaitu Fara Fauzana, Scha Al-Yahya (Muzik-Muzik 28), Amyza Adnan (Woot! Woot!), gandingan hos Melodi, Zizan Razak dan Awal Ashaari, Faizal Ismail (Anugerah Juara Lagu & Vokal) serta Kamal Adli (Hip TV).

Selain, filem terbaru lakonannya bersama Hans Isaac, Lemak Kampung Santan bakal ditayangkan di pawagam pada 1 Syawal ini. Budiey tak sabar untuk menonton filem ini di satu tayangan perdana yang diadakan minggu depan. Oh ya, kepada peminat Neelofa, jangan lupa, Neelofa juga akan mengacarakan program terbaru berkonsepkan masakan, Dapur Panas bersama Chef Nik Michael yang akan disiarkan di TV3, mulai 13 Julai ini untuk siaran Seindah Ramadan.

Nah tengok nih, poster Lemak Kampung Santan. Filem ini akan bersaing dengan filem Adnan Sempit 3 di pawagam pada 1 Syawal ini. Yeah, filem mana yang jadi pilihan anda? Adnan Sempit 3 atau Lemak Kampung Santan?

poster-lemak-kampung-santan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Nama Finalis Anugerah Lawak Warna 2013

Menangi Trip Ke Jerman Dengan Think Blue. – National Challenge 2013