in

Nassier Wahab Kembali Dengan Puisi Lara

Puisi Lara NASSIER WAHAB

NASSIER WAHAB merupakan penyanyi yang dilahirkan di era 80an dan merupakan anak didik kepada komposer hebat S.Atan dan Datuk Ahmad Nawab. Album pertama beliau telah diterbitkan pada tahun 1985 dan diikuti dengan album yang lain.

Antara lagu-lagu popular beliau seperti ‘Sekali Aku Jatuh Cinta’, ‘Pesona Cinta’, ‘Bayangan Wajah Duka’, ‘Wajah Kasih’ dan lain-lain lagi. Beliau juga merupakan seorang pelakon, pengubah lagu dan pernah menerbitkan beberapa buah album.

Sekali lagi Nassier Wahab kembali mewarnai dunia seni suara dengan sebuah lagu terbaru yang berjudul ‘Puisi Lara’ yang cukup puitis dan bakal menghantui di jiwa peminat-peminatnya yang sudah lama mengidamkan suara lunak merdu dan mempunyai caranya tersendiri. Lagu dan lirik ciptaan Adnan Abu Hassan bakal mengggegarkan pesada dunia seni suara dengan sentuhan yang cukup syahdu dan melankolik.

Semoga dengan kemunculan Nassier Wahab diarena seni dapat mengubati peminat-peminat yang dahagakan lagu-lagu berirama Pop kormesial yang berkualiti dan evegreen.

Berbicara tentang lagu “Puisi Lara” rakaman telah dibuat pada 13hb Mac 2012 di studio Adnan Abu Hassan yang terletak di Kajang. Rakaman dibuat waktu malam jam 10:30mlm dan mengambil masa kira-kira 3 jam untuk menyiapkannya.

Pada mulanya suara Nassier Wahab agak serak dan parau hampir beliau membatalkannya, tetapi atas desakan Adnan Abu Hassan, rakaman diteruskan juga. ‘Magic’ berlaku bila kerjasama dan gabungan tenaga serta idea antara kedua composer dan penyanyi.

Sebelum ini komposer Adnan Abu Hassan pernah meghasilkan lagu berhantu ‘Memori Cinta Luka’ yang telah menaikkan kembali nama Nassier Wahab dan menggangkat beliau memenangi Anugerah vokal penyanyi lelaki pilihan Era dan top 5 Anugerah Berita harian.

Sebenarnya kemunculan lagu “Puisi Lara” ini adalah secara kebetulan apabila Nassier Wahab bertemu Adnan Abu Hassan untuk membincangkan rakaman lagu duet bersama seorang artis wanita. Secara bergurau Adnan Abu Hassan bertanya kenapa beliau berminat merakamkan lagu duet sedangkan beliau mempunyai ramai peminat yang masih setia memberi sokongan dan dahagakan lagu-lagu baru dendangan beliau.

Mulanya kerana merajuk dan sedih dengan industri muzik yang melanda dinegara ini beliau seakan serik untuk merakamkan lagu baru. Semuanya berubah secara tiba-tiba bila Adnan Abu Hassan memperdengarkan lagu ciptaan beliau yang hampir dua tahun disimpannya untuk diberi pada penyanyi yang paling sesuai untuk merakamkannya.

Memang rezeki dan tuah Nassier Wahab maka seminggu selepas itu rakaman pun dijalankan. Alhamdullilah selepas lagu itu siap dan diperdengarkan kepada pihak media dan wartawan respon yang diterima amat memberangsangkan dan semuanya memberi komentar yang ikhlas bahawa lagu “Puisi Lara” bakal menjadi hits dan siulan para pendengar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Cinta Shanxi Lakonan Lisdawati & Ako Mustafa

DiGi Live K-pop Jay Park Malaysia Showcase