in , ,

Nas Daily Dilihat Berada Di Melaka, Katanya Guna Pasport Caribbean?

Sebuah video yang berdurasi 11 saat itu telah dikongsikan di TikTok memaparkan penampilan Nusier di Melaka yang mengejutkan netizen.

Siapa tak kenal Nas Daily ataupun nama sebenar Nuseir Yassin, seorang vlogger kelahiran Arab-Israel yang terkenal dengan videonya yang menceritakan beberapa kisah dan inspirasi di media sosial sehingga meraih perhatian warga dunia.

Namun, dalam pada menyampaikan isu positif melalui videonya, ada juga pihak yang tidak senang dengannya selepas vlogger ini terpalit dengan beberapa kontroversi dan isu negatif.

Sebelum ini, dia pernah meluahkan hasrat untuk melancong ke Malaysia dalam satu videonya namun impiannya terhenti kerana dia memegang pasport Israel yang seperti kita tahu, Malaysia tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik bersama Israel.

Namun, tiada yang mustahil di dalam dunia ini melainkan usaha. Nuseir dilihat berjaya masuk ke Malaysia baru-baru ini. Eh macam mana boleh masuk?

Sebuah video yang berdurasi 11 saat itu telah dikongsikan di TikTok memaparkan penampilan Nusier di Melaka yang mengejutkan netizen.

Menerusi video tersebut, Nusier dilihat sedang melayani beberapa orang yang mengenalinya di Melaka serta mengambil gambar bersama pada hujung minggu yang lalu.

Netizen persoal macam mana boleh masuk Malaysia

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran Nusier ke Malaysia dan ada juga yang merasakan bahawa dia telah menggunakan pasport negara lain hanya untuk melancong ke Malaysia seperti mana hasratnya sebelum ini.

Ada juga yang kata Nas Daily ini merupakan salah seorang agen kerajaan dari Israel? Macam over je hahaha…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Penghibur Jazz Tersohor & Berpengaruh Berhimpun di Kuching Jazz

Toybox Projects Anjur JAPAN x MALAYSIA Friendship Concert & JACE 2022