in , ,

Narwal S20 Bawa Revolusi Pembersihan Rumah Pintar Generasi Baharu

Narwal Perkenalkan Inovasi Pembersih Vakum Mop Tanpa Wayar Dengan Teknologi AI Dan Rekaan Ringan Untuk Pengalaman Membersih Lantai Lebih Mudah, Pantas Dan Berkesan

Kalau dulu kerja membersihkan lantai rumah dianggap rutin yang memenatkan, Narwal S20 hadir untuk mengubah persepsi itu. Dikenali sebagai peneraju global teknologi pembersihan rumah pintar, Narwal kini melancarkan sebuah peranti serba baharu yang menggabungkan fungsi vakum dan mop tanpa wayar dalam satu alat. Hasilnya? Proses membersih lantai jadi lebih cepat, pintar dan menyenangkan.

Dengan kuasa sedutan 18,000 Pateknologi AI DirtSense™, rekaan ringan 800g, dan sistem 10 langkah pembersihan automatik, Narwal S20 dicipta khas untuk memenuhi gaya hidup moden yang sibuk tetapi tetap mahukan rumah dalam keadaan bersih berkilat setiap masa.

CEO Narwal, Junbin Zhang, berkata:

“Pasaran pembersihan rumah kini bergerak ke arah kecekapan dan kepintaran. Kehidupan yang sibuk tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengabaikan kebersihan rumah. Narwal S20 adalah gabungan semua inovasi terbaik kami – dari penyesuaian automatik hinggalah teknologi pembersihan diri – untuk memberikan penyelesaian yang lebih pintar, cepat dan berkesan.”

Narwal S20 Bawa Revolusi Pembersihan Rumah Pintar Generasi Baharu

Vakum Dan Mop Sekaligus – Bersih Menyeluruh Dalam Satu Lintasan

Tak perlu lagi berulang-alik dengan dua peralatan berbeza. Narwal S20 direka dengan sistem dwi fungsi yang boleh vakum dan mop serentak, memastikan kotoran, habuk, dan tumpahan dibersihkan dalam satu lintasan saja. Ditambah dengan teknologi pembersihan tepi dwi-hujung (Dual-Edge), setiap inci lantai – termasuk sudut yang biasanya sukar dicapai – akan kelihatan bersih tanpa kompromi.

Lebih menarik, ia mempunyai sistem pembersihan diri automatik yang menjadikan kerja penyelenggaraan jauh lebih mudah. Jadi, pengguna boleh luangkan masa untuk berehat berbanding membuang masa membersihkan peralatan.

Sistem Pembersihan Diri Dan Pengeringan Automatik

Salah satu ciri paling menarik pada S20 adalah sistem pembersihan diri 10 langkah yang telah dinaik taraf. Dilengkapi dengan berus roller yang membersihkan dirinya sendiri selepas setiap penggunaan, ia juga mempunyai pengeringan suhu tinggi untuk memastikan berus sentiasa kering dan bebas bau hapak – sesuatu yang sangat penting terutamanya di negara beriklim lembap seperti Malaysia.

Tak perlu risau tentang risiko kulat atau bakteria kerana Narwal S20 memastikan kebersihan alat sentiasa pada tahap optimum.

Rekaan Ringan Dengan Teknologi Narwal-Air Tech 1.0

Bagi mereka yang selalu mengeluh tentang vakum berat yang susah dikendalikan, S20 adalah jawapannya. Dengan berat hanya 800g di bahagian genggaman, rekaan pusat graviti rendahcasis terapung tersembunyi, dan roda dwi belakang, ia memberi sokongan penuh untuk pergerakan yang lebih lancar dan selesa.

Walaupun digunakan dalam sesi pembersihan lama, ia tetap terasa ringan di tangan dan tidak membebankan.

Mudah Dikendalikan Di Setiap Sudut Rumah

Dengan rekaan 180° flat-lay dan sistem self-propelling, S20 boleh menyelinap masuk di bawah sofa, katil, dan perabot rendah dengan mudah. Sama ada membersih ruang tamu yang penuh barang atau sudut sempit di dapur, S20 memberikan pergerakan yang licin dan fleksibel mengikut bentuk rumah pengguna.

Narwal S20 Bawa Revolusi Pembersihan Rumah Pintar Generasi Baharu

Berus Anti Kusut Untuk Prestasi Tanpa Gangguan

Ciri zero-tangle brush direka untuk mengelakkan rambut tersangkut pada berus, sesuatu yang sering menjadi masalah kepada pengguna. Ini memudahkan proses penyelenggaraan dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk membersihkan alat.

Dengan jangka hayat bateri sehingga 55 minit, pengguna boleh membersihkan keseluruhan rumah dalam satu sesi tanpa perlu mengecas semula. Walaupun berkuasa tinggi, S20 beroperasi dengan bunyi yang rendah, memastikan suasana rumah tidak terganggu.

Teknologi AI DirtSense™ – Pembersihan Pintar Yang Adaptif

Narwal S20 menggunakan AI DirtSense™ yang secara automatik menyesuaikan kuasa sedutan mengikut tahap kotoran. Dari habuk ringan hingga tumpahan besar, S20 akan memilih salah satu daripada lima mod pembersihanyang tersedia secara automatik.

Dengan paparan LCD interaktif dan arahan suara, pengguna tidak perlu lagi meneka tetapan yang sesuai – S20 akan menentukan dan melaksanakan tugas dengan tepat, menjadikan proses pembersihan lebih cepat dan berkesan.

Narwal S20 Bawa Revolusi Pembersihan Rumah Pintar Generasi Baharu

Harga, Promosi Dan Lokasi Pembelian

Narwal S20 kini boleh didapati dengan harga runcit RM1,499 di platform atas talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta kedai fizikal Aihome di Sunway Velocity, Plaza Low Yat dan IOI City Mall.

Bersempena jualan 8.8, pelanggan boleh mendapatkan diskaun RM200 dari 8 malam 7 Ogos hingga 10 Ogos, bersama waranti setahun dan hadiah percuma (tertakluk pada terma dan syarat).

Tentang Narwal

Narwal kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 5 jenama vakum terbaik dunia, dengan jualan di lebih 30 negaradan lebih 1.8 juta keluarga pengguna. Syarikat ini disokong pelabur ternama seperti Sequoia Capital, Hillhouse Capital, ByteDance (syarikat induk TikTok) dan Tencent.

Dengan lebih 700 penyelidik dan saintis, Narwal telah meraih pelbagai anugerah berprestij seperti CES Innovation Awards, German Innovation Award, Reddot Design Award, Edison Gold Award dan disenaraikan dalam Time Magazine’s Best Inventions.

Apa Kata Budiey?

Kalau Budiey nak cakap terus terang, Narwal S20 ni memang level “future cleaning”. Ia bukan sekadar alat pembersih, tapi pembantu rumah digital yang faham keperluan kita. Gabungan kuasa, rekaan ringan, pembersihan pintar dan teknologi AI menjadikannya pilihan yang bijak untuk rumah moden.

Bagi yang memang cerewet bab kebersihan lantai, atau selalu sibuk sampai tak sempat nak mop dan vakum, S20 ini memang pelaburan yang berbaloi. Dengan promosi yang ditawarkan sekarang, rasanya memang masa terbaik untuk upgrade rutin pembersihan rumah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Samsung Galaxy S25 FE Bakal Dilancar Pada 19 September Ini?