in , ,

Astro First Tayang Filem Drama Kekeluargaan No.1 Berjudul NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI

Setiap Keluarga Ada Rahsia! Filem Drama Kekeluargaan No 1 Indonesia NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI Ditayangkan Terus Di Astro First

Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem Kekeluargaan Indonesia ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’ terus ke rumah anda di saluran Astro First bermula 23 April ini. Istimewanya, ia merupakan filem pertama yang awalnya dijadualkan untuk ke pawagam namun kini dibawa terus ke saluran Astro First secara esklusif tanpa ditayangan di pawagam. Ini adalah kerana bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, pihak penerbit menyokong pihak kerajaan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah sambil menonton filem yang berkualiti bersama keluarga.

Filem NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI

Filem yang telah menjadi fenomena besar di Indonesia apabila berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta penonton sekali gus menjadi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia. Ia jua telah banyak menerima pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.

Menurut Ketua, Naib Presiden Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad:

“Apabila rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton dengan mempersembahkan filem yang berkualiti.

Jadi, kami bawakan secara eksklusif buat pertama kali filem yang masih belum ditayang di pawagam tempatan terus ke rumah anda.

Filem NKCTHI pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April ini dan ia adalah sebuah filem yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan ia sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia.

Dalam situasi PKP sekarang, filem ini dapat membawa kita kenal lebih dekat dengan ahli keluarga. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga nilai kasih sayang antara keluarga itu kurang.

Semoga dengan kehadiran filem ini, ia dapat mencambah kembali nilai kasih sayang di dalam sebuah keluarga dan penonton dapat terus kekal di rumah,”

Raja Jastina Raja Arshad

Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing-masing. Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza.

Ini dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama 3 orang anak Angkasa, Aurora dan Awan.

Amat menarik filem ini diadaptasi dari buku penjualan terbaik tahun 2018 di Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari’ (NKCTHI).

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Sementara itu, Penerbit Visinema Pictures, Anggia Kharisma berkata “Kisah ini sangat dekat dengan kisah kehidupan kita sebagai anak, sama ada menjadi kakak, anak tengah, atau anak bontot. Filem ini juga mengungkapkan batasan sebagai ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga.

Filem NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI

Semoga dapat menghangatkan hati keluarga anda dan menjadi pengalaman yang membuat kita mengasihi diri sendiri dan keluarga kita lebih baik di tengah- tengah wabak sekarang,” tutur Anggia.

Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem Dua Garis Biru, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Sheila Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan), dan ramai lagi.

Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari Jenny Jusuf, pemenang penulis skrip Piala Citra Felosofi Kopi, dan sutradara Angga Dwimas Sasongko pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem ‘Cahaya Dari Timur’: Beta Maluku’.

“Dalam budaya cerita, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak kesamaan. Atas sebab ini, Visinema sangat bersemangat menyambut NKCTHI di Malaysia melalui platform Astro First.

Kisah hubungan ibu bapa dan anak yang tidak sempurna tetapi berusaha mencari ruang bahagia dengan apa yang ada, adalah kisah universal.

Mudah-mudahan dengan NKCTHI dinikmati di Malaysia, kita bukan sahaja mengukuhkan jambatan sekutu dengan berkongsi cerita, tetapi juga bertukar inspirasi dalam situasi krisis seperti hari ini,”

– Angga Dwimas Sasongko

Jangan lupa untuk sewa NKCTHI, Buat Pertama kalinya ditayangkan terus ke pawagam Astro First rumah anda di saluran 480 bermula 23 April 2020.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Filem NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI
Filem NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI
Filem NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI
Filem NANTI KITA CERITA TENTANG HARI INI

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Persenda Islam! Giliran Pelakon Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Terhadap Sajat?

Peminat Peluk Islam Selepas dengar Lagu Aisyah Isteri Rasulullah, Ini Komen Siti Nurhaliza