in , ,

“Nani Seorang Yang Simple,” Ismail Sabri Berkawan Dengan Isteri Sejak Berumur 19 Tahun

Datin Seri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile. Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Seri Muhaini di depan khalayak.

Walau tidak selalu menemani Datuk Seri Ismail Sabri, namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.

Ismail Sabri Lahir Penghargaan Buat Isteri

“Isteri saya orang yg sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dgn dia dari saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.”

“Nani adalah seorang yg sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sbb tu jarang sangat nampak dia. Thank you Ni, sbb sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama.”

“Nani Adalah Seorang Yang Simple” Ismail Sabri Berkawan Dgn Isteri Sejak Dari Dia Berumur 19 Tahun

Raut Wajah Lembut & Low Profile

Datin Sri Muhaini Zainal Abidin sememangnya seorang isteri pemimpin yang ‘low profile’. Mana tidaknya, sepanjang lebih 30 tahun Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam arena politik tanah air, amat jarang nampak kelibat Datin Sri Muhaini di depan khalayak. Walau tidak selalu menemani Dato’ Sri Ismail Sabri namun sebagai isteri sudah pasti beliau menyokong penuh kerjaya suami tercinta.

Ini dibuktikan melalui perkongsian gambar di media sosial milik Dato’ Sri Ismail Sabri dan anak-anak mereka sendiri. Selesa hanya berada ‘di belakang tabir’, sokongan dan kasih sayang Datin Sri Muhaini terhadap suami, anak-anak, menantu dan cucu tidak berbelah bahagi.

Ada sahaja sesuatu sambutan, tidak kira ketika Hari Raya, Hari Bapa mahupun ulang tahun kelahiran.. pasti sekeluarga ini akan berkumpul.

Semalam, wajah Datin Sri Muhaini menarik perhatian apabila foto terkini yang dikongsikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi viral di media sosial. Memuat naik gambar bersama isteri tercinta beserta kapsyen,

“Baru nak breakfast berdua… Si Oyen ni nak join jugak,” entri terbaharu itu nyata mencuit tumpuan ramai.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan followers Dato’ Sri Ismail Sabri mengagumi keakraban suami isteri berkenaan dan tidak kurang juga yang mendoakan agar Ahli Parlimen Bera ini dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9. Wah, ramai yang nak bapa penyanyi Dafi ini jadi pengganti Tan Sri Muhyiddin!

“Nani Adalah Seorang Yang Simple” Ismail Sabri Berkawan Dgn Isteri Sejak Dari Dia Berumur 19 Tahun

Mengimbas perkahwinan Dato’ Sri Ismail Sabri, beliau mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Muhaini pada tahun 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak; seorang perempuan dan tiga lelaki iaitu Datin Nina Sabrina, Gaddafi, Iqbal dan Nashriq.

Anak sulung, Datin Nina Sabrina merupakan isteri kepada pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie. Manakala Gaddafi atau lebih dikenali sebagai Dafi pula ialah penyanyi dan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF).

Dato’ Sri Ismail Sabri yang dilahirkan pada 18 Januari 1960 dan kini berusia 61 tahun. Beliau memulakan karier sebagai peguam sebelum menceburi bidang politik pada tahun 1987.

Sepanjang lebih 30 tahun berada dalam arena politik tanah air, Dato’ Sri Ismail Sabri pernah menyandang beberapa jawatan Menteri Kabinet antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Menteri Pertahanan.

Pada 7 Julai lalu, Dato’ Sri Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri namun melepaskan jawatan tersebut pada 16 Ogos 2021 selepas Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emma Stone Cruella | 23

Filem CRUELLA Akan Ditayangkan di Disney+ Hotstar Malaysia 3 September Ini

Sharifah Shahirah | 24

“Mungkin Sebab Saya Sahaja Keluar Bekerja & Beli Barang Rumah,” – Sharifah Shahirah