in ,

Nama Disalahguna Akaun Instagram Palsu, Zalif Sidek Buat Laporan Polis

Pelakon Zalif Sidek tampil membuat satu laporan polis apabila namanya telah disalahgunakan untuk mencipta akaun Instagram palsu atas tujuan jahat.

Pelakon Zalif Sidek telah membuat satu laporan polis semalam apabila namanya telah disalahgunakan untuk satu akaun Instagram palsu.

Zalif menerus kenyataan di Instagram miliknya menyatakan, dia mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan oleh scammer yang bertujuan untuk memperdayakan orang lain.

“Selain dari akaun official ig sy @zalifsidek tak ada sebarang akaun lain,”

– Zalif Sidek
Nama Disalahguna Akaun Instagram Palsu, Zalif Sidek Buat Laporan Polis

“Tolong Jangan Terpedaya! Inilah jawapan persoalan yang kawan-kawan DM saya dari semalam kenapa saya buat laporan polis. 

Saya telah menerima text mesej Instagram dari beberapa kawan saya bahawa diaorang menghantar beberapa gambar screenshot akaun Instagram bernama Zalifsidek_ atau Sidekzalif yang diciptakan atas nama saya sedangkan akaun IG tersebut bukan milik saya. 

“Saya syaki akaun IG tersebut telah menggunakan nama saya untuk memperdayakan orang lain, menipu & scammer orang lain. Tengok no telefon pun tak tahu negara mana! Bodoh punya SCAMMER!” tulisnya.

– Zalif Sidek

Pelakon itu juga meminta agar rakan-rakan dan kenalannya di Instagram atau media sosial lain untuk membuat laporan beramai-ramai terhadap akaun Instagram palsu berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini 5 Cara Berkesan Untuk Kembalikan Semangat Jika Murung Ketika PKP

Pelakon Filem James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia Di Usia 90 Tahun