in , ,

Nam Ron, Yonnyboii, Sabronzo, Bosco, Sissy Imann di Neonate Clothing NOIR #KLFW2021

PERCIKAN JIWA SELEPAS KELAM… NOIR, SEBUAH RAJUTAN ARAM-TEMARAM CETUSAN NEONATE CLOTHING SEMPENA KLFW2021

Jenama streetwear popular, Neonate Clothing mempersembahkan koleksi terbaharu mereka, NOIR pada Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KFLW2021) yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion di sini hari ini. 

Pengarah Kreatif Neonate Clothing, Karl Shafek Ibrahim berkata, inspirasi koleksi NOIR tercetus daripada pengalamannya menempuh kelikir asa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan akibat pandemik COVID-19 sekitar dua tahun lalu. 

NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021

“Ilham untuk menerbitkan koleksi ini datang ketika rakyat Malaysia menempuh satu tempoh gelap sewaktu PKP tidak berapa lama yang lalu. Banyak hal yang terpaksa tertangguh, banyak rezeki yang hilang dan pelbagai masalah timbul sepanjang tempoh kita mengharung pandemik.” 

“Saya tidak terkecuali. Ketika itu, bisnes saya merudum dan ia sedikit sebanyak memberi tekanan pada kesihatan mental saya. Tidak keterlaluan saya katakan, mental saya sedikit bercelaru ketika itu sehingga saya mengalami tekanan. 

Disebabkan hal itu, maka terlahirlah NOIR,” katanya. 

Menurut Shafek, fokus utama pada koleksi kali ini adalah berdasarkan rona hitam, yang mewakili fasa gelapnya ketika mereka setiap rekaan untuk NOIR. 

Sungguhpun saya menggunakan warna hitam dalam NOIR, namun, saya tetap selitkan warna-warna pelengkap lain dalam beberapa rekaan. 

“Saya sifatkan hitam sebagai warna yang mewakili kekuatan selain secara harfiah sebagai rona yang membangunkan semangat saya untuk terus berkarya pada masa akan datang. Hitam itu juga saya kategorikan sebagai ‘parut’ pelindung yang mendefinisikan pengalaman telah saya lalui pada masa lalu,” katanya. 

NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021

Bercakap mengenai rekaan-rekaan untuk koleksi NOIR, Pengarah Urusan Neonate Clothing, Syahir Hamdan berkata: “Bagi koleksi kali ini, kami mempersembahkan 30 rekaan yang berevolusi dengan trend terkini dan juga masa lampau. 

“Uniknya, rekaan-rekaan kali ini banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen klasik seperti kolar baju Melayu, corak batik dengan logo Neonate Clothing, ilustrasi daripada pelukis popular Khalid MS dan jurugambar drone, Meed Baron serta kerjasama dengan pereka grafik Racus Design. 

“Selain itu, terdapat satu rekaan yang mengambil inspirasi daripada pakaian pelumba basikal, yang diispirasikan daripada kerjaya abang kepada Karl Shafek yang pernah mewakili negara sebagai pelumba basikal sekitar tahun 90an,” kongsinya. 

Pada acara berkenaan, seramai tujuh muse dipilih untuk memperagakan rekaan- rekaan terbaharu Neonate Clothing seperti pelakon Nam Ron, atlit Abdul Latif Romly, penyanyi Sabronzo daripada kumpulan pop Dolla, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek popular Bosco dan juga penyanyi Aidil Maula. 

Ketujuh-tujuh mereka dipilih untuk memperagakan rekaan Neonate Clothing kerana masing-masing mempunyai cerita tersendiri untuk dipersembahkan menerusi koleksi NOIR. 

Acara tersebut turut diserikan oleh lagu Aci Aci Buka Pintu yang telah dinyanyikan semula oleh penyanyi popular Asmidar. Lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma itu telah disusun semula oleh produser Dua Dua dari Space Records My. 

Koleksi NOIR Neonate Clothing untuk KLFW2021 dibawakan secara eksklusif oleh suplemen kecantikan Kamya Glow. Turut disokong oleh Hair Transplant Solutions, Hundred % Store, Khalish, Prestige Medispa Malaysia, 4Rival dan Karya. 

NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021

Neonate Clothing Company, merupakan jenama pakaian streetwear dari Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2014 oleh dua individu yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia fesyen, iaitu Karl Shafek Ibrahim dan Ahmad Syahir Hamdan. Neonate Clothing berputar pada paksi kreativiti yang menggabungkan pelbagai elemen unik fesyen dari seluruh Malaysia serta nilai estetika rekaan tradisonal tempatan dan luar negara. Neonate Clothing juga menjadi jenama kegemaran selebriti tempatan seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Aman RA, Haqiem Rusli, Azlan And The Typewriter serta Kmy Kmo dan Luca Sickta. 

NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021
BOSCO
NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021
NAM RON
NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021
NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021
NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021
NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021
NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021
NEONATE CLOTHING - NOIR DI KLFW 2021

TENTANG KAMYA GLOW 

Kamya Glow merupakan minuman botani yang membantu mengurangkan masalah kulit muka seperti jeragat, kulit kering, tona tidak sekata, jerawat, parut jerawat, tompok hitam dan kusam. Kamya Glow juga dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen dan berfungsi sebagai anti-penuaan. Kolaborasi diantara Kamya Glow dan Neonate ini selari dengan matlamat kami di mana kecantikkan bukan sahaja untuk luaran tetapi perlu penjagaan dari dalaman. Kolaborasi unik di KLFW ini juga melaungkan mesej bahawa kebangkitan dari zaman sukar sudah tiba. 

Semangat “Support Lokal” dan tindakan di luar kotak menjadi pemangkin idea kolaborasi diantara Kamya Glow dan Neonate. Teriakan “Support Lokal” wajib dilaungkan dan didominasi di dalam minda rakyat Malaysia supaya usahawan-usahawan di dalam negara dapat bangkit dan secara tidak langsung membantu di dalam perkembangan ekonomi negara dari tahun-tahun yang sangat sukar. 

Penjualan melalui sistem e-dagang atau di atas talian (online) banyak membantu Kamya Glow mengharungi zaman pandemik lepas dengan lebih selamat dan efektif. Disamping itu, wakil-wakil jualan Kamya Glow dapat menjana pendapatan sampingan yang dapat membantu keluarga.

Penjualan melalui laman sesawang www.kamya.my telah terbukti memudahkan pembeli mendapatkan produk kami dengan lebih cepat dan sangat mudah. Ikuti kami di akaun Instagram @kamyaglow_hq untuk pembelian dan maklumat lanjut. Cubalah Kamya Glow sekarang kerana cantik itu kamu! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MILO Lancar Peraduan Lengkap & Menang, Menawarkan Akaun Simpanan Berisi Wang Tunai

Promosi 11.11 HONOR Sudah Tiba! Dapatkan HONOR 50 dari RM1,539!