in

Najwa Mahiaddin Lancar Video Muzik Lagu AFTER THE RAIN

Semalam penyanyi R&B Najwa Mahiaddin sudah menguar-uarkan di laman sosial Facebook rancangannya memperkenalkan sebuah lagu yang penuh simbolik untuk Malaysia ciptaan Juny. Seperti dijanjikan klip video berkenaan dimuat naik di Facebook Najwa awal malam tadi. Percaya kepada muzik dan ‘kuasanya’ untuk menyembuhkan. Justeru Najwa Mahiaddin tampil menawarkan penyembuhan melalui lagu terbarunya, After The Rain.

najwa-mahiaddin

“Saya percaya muzik adalah penawar paling hebat. Semoga lagu ini memberi keselesaan dan kekuatan kepada kita semua dalam masa kesukaran.”

Najwa turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Twitter, dan turut menggunakan hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia. Lagu dan klip video sepanjang 5.30 minit itu lain memuatkan lirik bermakna. Antara lain liriknya ialah:

We may all fall down
but we all get up
hold your head up Malaysia
after the rain comes the sun,

Dalam Facebooknya, Najwa menyatakan harapannya agar lagu berkenaan dapat memberikan “kelegaan dan kekuatan kepada kita semua di waktu mencabar ini”. Kenyataan itu dilihat menjadi lebih signifikan apabila mengambil kira Najwa bukanlah datang dari latar keluarga yang biasa. Lagu ini sedikit sebanyak memberikan motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.

Najwa adalah anak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu. Malah pada hari Najib mengumumkan keputusannya mengetepikan Muhyiddin, Najwa tampil dengan tweet ringkas: “Allah knows best“.

Klip video terbaru Najwa itu dikongsinya di Facebook malam tadi dan mula menarik perhatian ramai. Sehingga jam 1.15 pagi tadi klip video dari akaun Facebook Najwa sudah dikongsi lebih 2,500 kali, selain mendapat like sekurang-kurangnya 2,300 orang.

“Kita semua mungkin terjatuh namun kita semua bangkit. Bertabahlah Malaysia (kerana) selepas hujan akan muncul mentari,” begitu anak Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa, menyatakan perasaannya ketika ini.

Memuat naik lagu dan klip video terkininya di Internet malam tadi, orang ramai segera memberi reaksi hangat kepada lagu After The Rain itu.

When life gets cold and skies aren’t blue
you’re not alone, I’m here for you
My brothers and sisters
we’ll see you through.

Dapat sambutan

Muhyiddin diketepikan Najib daripada kabinet kerana lantang membangkitkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara kerajaan menangani isu 1MDB. Turut diketepikan ialah salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Mohd Shafie juga beberapa kali membangkitkan isu sama secara terbuka. Najib melantik Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalannya.

Lagu terbaru Najwa itu ternyata disenangi pengikut akaun Facebook beliau dan mereka menyatakan rasa penghargaan terhadap kemunculan karya terbarunya. After The Rain dicipta oleh Juny dan dirakamkan di Maveriq Studios, manakala pengarah untuk klip video berkenaan ialah Henry Ooi.

Turut dipaparkan adalah hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia.

Sumber: Malaysiakini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KL Converge! 2015 Sediakan Pengalaman Digital untuk Semua

Muzik Video HATI MATI Ezad Trending di Carian Youtube Malaysia