in ,

Najwa Latif di Pertandingan Karaoke Lagu-lagu P. Ramlee & Saloma Sempena Siri Jelajah Tribute P.Ramlee

Pertandingan Karaoke Lagu-lagu P. Ramlee & Saloma Sempena Siri Jelajah Tribute P.Ramlee

Semalam, telah berlangsung Pertandingan Karaoke Lagu-lagu P. Ramlee & Saloma Sempena Siri Jelajah Tribute P.Ramlee. Antara artis yang hadir ialah Alif Aziz dan Najwa Latiff.

Warga Johor Bahru telah dijemput memeriahkan Pertandingan Karaoke Lagu-lagu P Ramlee & Saloma sempena siri jelajah Tribute P. Ramlee pada 23 Disember 2012, Ahad lalu.

Memilih Plaza Angsana, Johor Bahru sebagai destinasi pertama, siri jelajah ini merupakan sebahagian daripada acara Malam Anugerah P. Ramlee yang bakal diadakan pada Mac 2013 nanti.

Pertandingan karaoke ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa dan karya-karya P Ramlee selain memastikan seniman negara ini terus diingati oleh generasi muda masa kini.

Dengan yuran penyertaan RM10 sahaja, para peserta boleh menyertainya secara solo atau berduet dan terhad kepada 50 penyertaan. Borang penyertaan boleh di dapati di akhbar Utusan Malaysia atau boleh mendaftar terus pada hari pertandingan dari pukul 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Acara saringan bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang.

Selain pertandingan karaoke, pengunjung turut berpeluang beramah mesra dengan artis jemputan, Alif Aziz dan Najwa Latiff dan sertai aktiviti bersama PODIUM/DIVA terbitan RTM.

Selain Johor Bharu, jelajah Tribute P Ramlee akan singgah ke Kelantan, Kedah dan Lembah Klang.

Iklan-Karaoke-P-Ramlee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Anne Ngasri Selamat Bernikah Dengan Sumali

Episod Terakhir Drama Rawan Lakonan Faralyna Idris