in , ,

Naim Daniel & Iman Troye Bergambar Bersama, Betul Ke Mereka Sedang Bercinta?

Menerusi laman Instagram, penyanyi Naim Daniel baru-baru ini telah memuat naik foto berdua bersama penyanyi Iman Troye dengan disertakan kapsyen emoji berbentuk hati.

Dalam masa sama, Iman turut berkongsi sebuah video TikTok bersama penyanyi lagu ‘Sumpah’ itu dengan mengenakan pakaian sedondon berwarna putih. 

“With abang sayang! @naimdanielx ❤️,” tulis penyanyi lagu ‘Teman’ ini di Instagram miliknya. 

Perkongsian itu telah mencuri perhatian wargamaya dimana ramai pengikut mereka hampir patah hati meskipun kedua-duanya tidak mengumumkan sebarang bibit-bibit cinta antara mereka. 

“Aku unfollow je la Naim ni. Dahlah aku single sebab tunggu dia” – “Wey Iman ke? Huaa jangalah Iman, aku tak suka” – Iman jangan kacau crush aku please” 

“How to unseen this” – “Ada bau-bau nasi minyk lah bang” – Ermm adalah saya bakal dikecewakan,” demikianlah antara komen-komen wargamaya. 

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 83,000 tanda suka dan manakala video tarian Iman bersama Naim telah mencecah lebih 800,000 tontonan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah 16 Tahun Mirwana Tanpa Faizal Tahir, Mereka Kembali Bergabung Semula

K-Clique Jalin Kerjasama Dengan Todak