Vokalis utama kumpulan MUAH!, Naim Daniel, pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah antara artis yang cukup berjaya di Malaysia, dengan karya-karya hebatnya sebelum ini yang pernah meraih gelaran Anugerah Juara Lagu.
Sebelum melibatkan diri secara serius dalam dunia nyanyian, Naim terlebih dahulu dikenali sebagai pelakon kanak-kanak. Namun kini, beliau sudah lama melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pencipta lagu yang cukup berbakat.
Naim Daniel kini kembali dengan kumpulan kugirannya sendiri, yang diberi nama MUAH! Kumpulan ini berpusat di Kuala Lumpur dan mengetengahkan irama pop rock sebagai genre utama. Selain Naim sebagai vokalis dan pemain gitar utama, MUAH! turut dianggotai oleh Zenith (gitar), Tasneem (bass), Mairil (dram), dan Ayai (keyboard). Bersama-sama, mereka menghasilkan karya yang mencerminkan kesatuan kreativiti dan kehebatan masing-masing.
Lagu Baharu ‘BBF’ – Kisah Hubungan Yang Rapat Dengan Realiti
Sebagai karya pertama selepas bernaung di bawah Sony Music Entertainment Malaysia, MUAH! tampil dengan lagu baharu mereka yang diberi tajuk ‘BBF’. Lagu ini mengangkat tema masalah dalam hubungan percintaan, dengan cerita mengenai seorang lelaki yang mempunyai kekasih namun berdepan dengan kehadiran ‘best friend’ lelaki yang cuba menawan hati kekasihnya. Kisah seperti ini tentunya bukan perkara asing dalam dunia percintaan, menjadikan lagu ini lebih dekat dengan pendengar yang pernah melalui situasi yang sama.
Menurut Naim dan anggota MUAH!, lirik lagu ini ditulis dengan gaya yang santai dan menggunakan bahasa pasar. “Kami tulis lirik dengan sangat mudah dan bahasa yang digunakan juga agak santai, supaya apabila orang dengar, mereka mudah faham dan rasa dekat dengan kehidupan mereka,” kata Naim. Gaya bahasa ini menjadikan lagu ‘BBF’ mesra pendengar, kerana ia seolah-olah bercerita secara langsung tentang situasi yang ramai pernah alami.
Proses Rakaman dan Cabaran Yang Dihadapi
Bercerita mengenai proses rakaman lagu ini, MUAH! mendedahkan bahawa ia berjalan dengan lancar kerana penerbit mereka sudah tahu apa yang diinginkan.
Sebelum memasuki studio untuk rakaman rasmi, kumpulan ini terlebih dahulu membuat demo dan melakukan latihan yang berulang kali di studio. Dari versi pertama hingga versi terakhir, setiap ahli kumpulan memastikan mereka memahami peranan masing-masing sebelum merakam versi penuh lagu ‘BBF’. Kerjasama ini jelas menunjukkan dedikasi mereka untuk memastikan kualiti lagu ini benar-benar mantap.
Namun, tiada perjalanan yang sempurna tanpa cabaran. Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi MUAH! semasa proses rakaman ialah apabila penerbit mereka mengalami kecederaan di telinga. “Masa proses rakaman, penerbit kami baru balik dari penerbangan dan dia mengalami masalah pada telinga, jadi dia tak dapat mendengar dengan baik. Dari situ kami terpaksa saling membantu untuk pastikan rakaman ini berjalan dengan lancar,” jelas mereka lagi. Meskipun berdepan cabaran, semangat kerjasama antara semua pihak berjaya membawa lagu ini ke tahap yang terbaik.
Harapan MUAH! Terhadap Lagu BBF
Bila ditanya mengenai harapan mereka terhadap lagu ini, Naim dan anggota MUAH! berharap agar ‘BBF’ dapat diterima baik oleh para pendengar. Mereka juga ingin melihat lagu ini menembusi pasaran muzik bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. “Kami berharap sangat lagu ni dapat sambutan yang baik, bukan sahaja di Malaysia, tapi kalau boleh di luar negara juga,” kata Naim mengakhiri perbualan.
Lagu ‘BBF’ akan dilancarkan secara rasmi pada 20 September 2024 dan boleh didapati di platform-platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music. MUAH! juga mengajak peminat untuk menikmati buah tangan terbaru mereka dan memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada karya mereka.
Dengan kehadiran kumpulan MUAH! dan lagu ‘BBF’, Naim Daniel dan rakan-rakannya membawa nafas baru kepada industri muzik tempatan. Mereka membuktikan bahawa muzik tidak semata-mata tentang suara yang merdu, tetapi juga tentang kerjasama, dedikasi, dan kekuatan untuk menghadapi cabaran.
Lirik Lagu BBF – MUAH!
Naik genting malam minggu
Macam lah ku tak tahu
Dulu aku pun buat macam tu
Sebelum dengan mu
Mula share problem sikit sikit
Lama lama jadi bukit
Sekarang ni aku nak ungkit
Sebab aku sakit
Don’t you get it?
Mamat tu bestfriend
Bukan boyfriend
Cuba lah faham aku explain
Nak jadi boyfriend
Bukan bestfriend
Cara dia orang semua sepesen
Celah mana boleh nak terjadi
Boy bestfriend
Try hard gila nak bercinta
Sampai sailang awek member
Memang muka dia tebal gila
Dia memang celaka
Tak faham ke
Mamat tu bestfriend
Bukan boyfriend
Cuba lah faham aku explain
Nak jadi boyfriend
Bukan bestfriend
Cara dia orang semua sepesen
Celah mana boleh nak terjadi
Boy bestriend
Dia bukan boy bestfriend
Dia nak jadi boyfriend
Dia bukan boy bestfriend
Dia nak jadi boyfriend
Mamat tu bestfriend
Bukan boyfriend
Cuba lah faham aku explain
Mamat tu bestfriend
Bukan boyfriend
Cuba lah faham aku explain
Nak jadi boyfriend
Bukan bestfriend
Cara dia orang semua sepesen
Celah mana boleh nak terjadi
Celah mana boleh nak terjadi
Boy bestfriend