in , ,

Pelakon Nad Zainal Akui Lebih Tenang & Gembira Selepas Bercerai

Selepas sebulan mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin, pelakon Nad Zainal mengakui kehidupannya kini lebih tenang.

Memetik Kosmo, Nad berkata dia sama sekali tidak bermaksud mahu mendabik dada sebaliknya hidupnya tetap gembira serta hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak baik-baik sahaja.

“Kehidupan saya kini lebih gembira sampai berat badan saya bertambah dua kilogram. 

Bukan nak cakap riak sebab tidak terkesan dengan perceraian ini, namun saya rasa lebih tenang. Anak-anak berada bawah penjagaan saya.

Hubungan dengan bekas suami juga okey,”

– Nad Zainal

Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menegaskan kisah perceraian bukanlah perkara yang seronok untuk dikongsikan dan tetap enggan bercerta lanjut kisah kegagalan rumah tangganya.

“Saya tak mahu kongsi terlalu banyak hal peribadi kepada umum. Saya perlu menjaga hati banyak pihak, keluarga saya sendiri pun tidak gembira jika saya bercerita terlalu banyak.

“Perceraian ialah perkara yang sedih untuk dikongsi. Kalau boleh nak kongsi lebih banyak tentang kerjaya. Bagi saya tak penting,”

– Nad Zainal

Ditanya mengenai apa yang dipelajari tentang kegagalan rumah tangga yang dilaluinya, Nad berkata dia perlu melalui segala dugaan dengan matang.

“Kita mampu merancang sahaja dan tidak akan pernah tahu bahawa jodoh berakhir di situ. Usia pun sudah meningkat, jadi perlulah hadap semua ini dengan cara yang matang. Saya tak suka gaduh-gaduh.

“Buat masa sekarang tak terfikir perkahwinan kedua atau ketiga. Saya kini fokus dengan kerja dan ingin lakukan sesuatu yang belum pernah direalisasikan sebelum ini,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harapan Kapten Naim & Kapten Akim Untuk Pentas Akhir Terpaling Juara

PUTERI BALQIS

Nampak Matang Selepas Disolek, Puteri Balqis Dipuji Tampil Lebih Cantik