in , ,

Nabila Razali Ada Sebab Unfollow Semua Orang Di Instagram

Masih hangat diperkatakan isu nyanyiannya terkucil, nampaknya penyanyi Nabila Razali sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak lagi mengikuti (unfollow) akaun-akaun kenalannya di Instagram sehingga senarai ‘following’ bertukar sifar. Menurutnya, beliau mahu bersikap lebih matang dan hanya memikirkan perkara-perkara kebaikkan sahaja.

Penyanyi, Nabila Razali baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila akaun Instagramnya tidak lagi mengikut mana-mana kenalan termasuk rakan artis dan sahabat lain.

Menurut Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella, perkara itu seharusnya tidak diperbesarkan.

“Bila insiden hari itu berlaku, ia banyak beri pengajaran pada saya tentang erti persabahatan. Bila saya unfollow, itu tak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang rakan-rakan baik. Kita masih ada medium lain seperti penggilan telefon serta mesej.

“Ini seperti fasa permulaan kepada Nabila Razali yang baru. Tidak perlukah diperbesarkan cuma cukuplah sekadar teman-teman baik tahu saya sentiasa ada bersama mereka, itu lebih penting,” 

– Nabila Razali

Bella juga menambah, beliau mahu bersikap lebih matang dan hanya memikirkan perkara-perkara kebaikkan sahaja. Buat masa ini juga, Bella mahu kosongkan minda dan fikirkan benda yang positif sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Cover Lagu PELUANG KEDUA Buat Nabila Razali Terharu

Fathia Latiff Kembali Bertudung Sebelum Ramadan Lalu