in , ,

Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kolaborasi Pertama Amylea & MFMF

Selepas kejayaan lagu Peluang Kedua dan Putus, Nabila Razali kini sekali lagi muncul dengan single berentak balada pada tahun 2022.

AKU TERLUKA ini merupakan hasil kolaborasi pertama komposer Amylea Azizan dan MFMF.

“Selepas Putus yang dilancarkan pada hari lahir saya tahun lepas, saya kembali dengan lagu baharu yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua.

Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya ada dalam lagu AKU TERLUKA ini.

Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini,”

– Nabila Razali
Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kesinambungan Peluang Kedua

Nabila ditemui pada sidang media lagu AKU TERLUKA yang diadakan di pejabat Universal Music, di sini, pada Rabu.

Muzik video AKU TERLUKA akan dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment bermula jam 9 malam ini. Lebih menarik, muzik video berkenaan sekali lagi menampilkan, pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique yang sebelum ini juga pernah berkolaborasi dalam muzik video lagu Peluang Kedua.

Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kesinambungan Peluang Kedua

Menurut Nabila, pemilihan MK adalah bagi meneruskan jalan cerita untuk lagu Peluang Kedua. 

“Saya sengaja memilih MK sekali lagi untuk membintangi muzik video lagu baharu ini kerana sambutan luar biasa peminat terhadap lagu dan muzik video Peluang Kedua.

Muzik video AKU TERLUKA akan menjawab pertanyaan ramai tentang pengakhiran mereka dalam lagu Peluang Kedua itu,”

– Nabila Razali
Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kesinambungan Peluang Kedua

AKU TERLUKA mengisahkan tentang sebuah percintaan yang tidak kesampaian kerana pemergian sang kekasih buat selamanya. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain redha dan teruskan hidup bersama memori percintaan mereka.

Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kolaborasi Pertama Amylea & MFMF

AKU TERLUKA merupakan lagu ketiga terbitan Nabila Razali Entertainment yang juga single ketujuh buat dirinya dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Single AKU TERLUKA boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 7 Disember ini.

Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kesinambungan Peluang Kedua

Lirik Lagu AKU TERLUKA

Song title : Aku Terluka

Artist : Nabila Razali

Composer : Amylea & MFMF

Lyrics : Amylea

Producers : Amylea, MFMF & Nabila Razali

Executive Producer : Nabila Razali Entertainment

BV : Justin Seow, Brendon Lim, Zen, Amylea & Edd Nasa

Studio : MFMF

Mixing & Mastering : MFMF

Distributed by : Universal Music Malaysia

LIRIK :

Verse 1 :

Mungkin kini t’lah ku tahu

Artinya mencinta lebih dari diriku

Dan mungkin takkan ada lagi

Rasa seperti ini di dalam hidupku

Ku jalani hidupku

Melupakan senyumku

Menahan bahgia mendekatku

Berbisikkan namamu

Tak mampu ku berdiri

Rapuh aku ‘tuk melangkah

Kerana…

Chorus :

Masih lagi ku lihat

Masih lagi ku dengar

Masih lagi terasa genggaman mu dijari ku…

Aku terluka…

Verse 2 :

Biar sampai mana nanti

Hati membawa diri

Melawan rasa sunyiku

Coba perlahanku berdiri

Mengubati sendiri

Kerna ku tak terganti dirimu…

Solo – Bridge :

Diriku bagai hilang punca

Tak tahu ke mana

Biar jelas t’lah ku tahu

Kau takkan bersamaku

Masih lagi ku lihat

Masih lagi terasa genggaman mu dijari ku

Puas semua rayuku

Tiada hadir dirimu

Rapuh aku ‘tuk melangkah

Aku terluka…

Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kolaborasi Pertama Amylea & MFMF
Nabila Razali Lancar Single AKU TERLUKA, Kolaborasi Pertama Amylea & MFMF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Heo Sungtae

Bintang Korea Dapat Tumpuan Di Tayangan Kandungan Disney

Hael Husaini Lancar Single Mesra Media Sosial SAYANG DO YOU LOVE ME?