in , ,

Nabila Razali Keliru Dengan Format ICSYVMY2?

Memang tidak dinafikan lagi bahawa program muzik misteri I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) sentiasa memberi kejutan besar kepada para penonton, terutamanya dengan bakat-bakat hebat yang berjaya dicungkil di pentas nyanyian program ini.

Episod ketiga  I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) yang bertemakan “BBNU Wanita” telah pun bersiaran semalam, yang mana seorang penyanyi misteri bergelar ‘Pantang Dicabar’ (Nursyahmina Amirah Binti Adnan) berjaya membuatkan orang ramai tertanya-tanya akan suara sebenarnya.

Episod kali ini menampilkan Nabila Razalisebagai artis jemputan yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang. Selain Nabila, pelakon jelita Amelia Hendersondan Afieq Shazwan turut hadir sebagai penyiasat jemputan.

Episod kali ini menampilkan Nabila Razali sebagai artis jemputan yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti siapakah penyanyi sebenar dan siapakah pula penyamar bersuara sumbang

Pada awalnya, Nabila menganggap Syahmina sebagai seorang penyamar bersuara sumbang. Namun, pendapatnya berubah setelah Seelan Paul selaku penyiasat berjaya meyakinkan Nabila bahawa Syahmina merupakan penyanyi sebenar yang boleh menyanyi seperti Misha Omar.

Setelah menyingkirkan lima penyanyi misteri yang lain, sudah tiba masanya buat Syahmina untuk mendedahkan suaranya di pentas penentuan. Nabila akhirnya mampu menarik nafas lega selepas berjaya memilih penyanyi sebenar untuk berduet dengannya! Siapa sangka, Syahmina yang bertubuh kecil ini mampu memberi impak besar kepada panel penyiasat serta para penonton sehingga persembahannya itu menjadi tular di laman media sosial. Ini secara tidak langsung, telah melayakkan Syahmina untuk membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air di Showcase ICSYVMY 2.

Nabila akhirnya mampu menarik nafas lega selepas berjaya memilih penyanyi sebenar untuk berduet dengannya!

Terdahulu, Nabila telah membuat keputusan yang salah dua kali berturut-turut apabila dia membuat keputusan untuk menyingkirkan ‘Adik Aiskrim’ (Sofea Arissa Binti Roslan) dan‘Acrobatic Atas Keyboard’ (Siti Nur Iman Alyssa Binti Sahabudin) kerana kedua-dua penyanyi misteri ini juga merupakan penyanyi sebenar! Shuk juga telah menyakat Nabila dengan bertanyakan bahawa adakah dia sebenarnya memahami format program ini kerana Nabila sepatutnya menyingkirkan penyamar, dan bukan penyanyi sebenar.

Siapa sangka, Syahmina yang bertubuh kecil ini mampu memberi impak besar kepada panel penyiasat serta para penonton sehingga persembahannya itu menjadi tular di laman media sosial.

Mungkin Nabila sudah belajar dari kesilapan, pilihannya untuk menyingkirkan dua orang lagi penyanyi misteri iaitu ‘Pengeksport Cerita’ (Nurainaa Hafizah Binti Mohd Mazalan) dan ‘Pengimport Cerita’ (Nurliyana Binti Zainal) membuahkan hasil apabila mereka mendedahkan suara masing-masing lalu mengesahkan bahawa mereka sememangnya adalah penyamar bersuara sumbang.

Untuk pusingan ketiga, tiga ahli penyiasat perlu mempertahankan seorang penyanyi misteri. Mereka diberi peluang untuk mendengar secara individurakaman suara sebenar penyanyi misteri. Nabila perlu membezakan benar atau bohongberdasarkan penerangan ahli penyiasat dan telah diberi masa 100 saat untuk berbincang dengan ahli penyiasat dan penonton sebelum membuat keputusan. 

Selepas selesai berbincang, Nabila telah menyingkirkan ‘Pelukis Akan Datang’ (Nurul Diana Binti Mohamad Hanaffi).Kali ini, tekaan Nabila juga tepat kerana Nurul Diana memang seorang penyamar bersuara sumbang, walaupun gaya tubuhnya kelihatan seperti dia seorang penyanyi sebenar.

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. 

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputanuntuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar. Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY 2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

Amelia Henderson

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam BunkfacedanMas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah. 

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMYmusim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVEsecaraHD di tontonYouTube TV3 Malaysia Official dan YouTube TV9 Malaysia Official.Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMYdi laman media sosial anda.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.mydan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

Afieq Shazwan
Pelakon jelita Amelia Henderson dan Afieq Shazwan turut hadir sebagai penyiasat jemputan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Which Siren Character Are You?

Ini Barisan Bakat Suara Filem Disney’s The Lion King