in , , ,

Nabila Razali & Hafiz Hamidun Dah Berbaik, Netizen Mahu Janna Nick & Sheila Rusly Pula Bersua

Netizen juga mahu Janna dan Sheila dapat digandingkan untuk mereka bersua lagi

Pernah mencuri tumpuan ramai dengan persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), penyanyi Nabila Razali ada menerima ‘komen’ daripada seorang penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun yang mempersoalkan nyanyian beliau.

Namun bersempena Hari Raya Aidilfitri, Nabila dan Hafiz telah muncul dalam rakaman Melodi Raya 2021 episod 1 yang disiarkan di TV3 pada 16 Mei 2021.

NABILA RAZALI

Kedua-dua penyanyi itu muncul untuk segmen Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih yang mana sesuailah untuk melupakan perkara yang kurang enak terjadi antara mereka.

“Segment Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih juga mempertemukan @nabila.razali dan @hafizhamidun dalam

MELODI RAYA 2021 Episod 1,
16 Mei 2021 (Ahad)
12 Tengahari hanya di TV3 ♥️
#MelodiRaya2021″

Namun pada ruangan komen, ada netizen yang mahu pengacara rancangan itu, Janna Nick supaya berbaik dengan pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.

NABILA RAZALI

Ini kerana Janna dan Sheila yang dahulunya sangat akrab sudah lama tidak kelihatan bersama.

Bagus juga cadangan itu kerana antara Janna dan Sheila masih menjadi tanda tanya bagaimana hubungan antara mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dana Filem Kenegaraan Tidak Diluluskan, U-Wei Kesal Campur Tangan Ahmad Idham

Tiada Daya Saya Untuk Memuaskan Hati Semua Pihak – Izreen Azminda