in ,

Nabila Razali Dimasukan Ke Hospital Akibat Keracunan Makanan

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali dimasukan ke Pusat Perubatan Tawakal pada malam Ahad akibat keracunan makanan.

Pengurusnya, Ash, berkata, penyanyi lagu Pematah Hati itu mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu.

“Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam.

Nabila Razali

“Pada mulanya dia sangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati dia keracunan makanan dan dehydration lalu terus dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang baharu disambung semula selepas cuti hari raya.

Tambah Ash, sehingga kini pihaknya tidak dimaklumkan perkembangan terbaharu kesihatan penyanyi itu.

“Pihak hospital belum maklumkan perkembangan kesihatannya dan tidak tahu bila akan keluar.”

“Selain penggambaran ada juga beberapa undangan persembahan hujung minggu ini, apa-apa pun sama-sama kita doakan kesihatannya kembali seperti biasa ,” ujarnya.

Semoga Nabila Razali cepat sembuh.

Nabila Razali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misi Pencarian JBL Rising Star Singing Competition 2018

Yayasan Sime Darby Arts Festival 2018