in , ,

Nabila Razali Ambil Masa Satu Hari Untuk Bangkit Semula Gara-Gara…

Hangat diperkatakan sebelum ini apabila Nabila Razali terkucil semasa membuat persembahan live menyanyikan lagu single terbarunya Peluang Kedua. Ekoran dari itu, Nabila Razali telah dikecam teruk dan beliau mengakui terpaksa mengambil masa satu hari untuk bangkit semula.

Nabila Razali sedaya upaya untuk cuba ‘bangkit’ balik selepas dibelenggu rasa kecewa kerana menurutnya perkara itu terjadi secara tiba-tiba dan tak dirancang, lebih-lebih lagi ia merupakan persembahan pertamanya menyanyikan lagu itu secara langsung.

Biarpun bagi orang lain isu kecil, baginya ia merupakan isu besar.

Saya bangkit semula selepas apa yang jadi. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan bekerja semula.”

– Nabila Razali
Nabila Razali Ambil Masa Satu Hari Untuk Bangkit Semula Gara-Gara...

Walau bagaimanapun, Nabila Razali bersyukur kerana masih ramai lagi yang menyokongnya. Baginya, kalau dia dah berputus asa, mungkin dia akan fokus untuk sambung pelajaran semula.

“Saya tahu Peluang Kedua ini sebuah lagu yang berat tapi masih ada yang menyokong saya dan kenapa saya nak patahkan semangat mereka? Lagu ni dah jadi siulan mereka.”

– Nabila Razali

Tambahnya lagi, jika diberi peluang untuk mempersembahkan lagu itu di pentas besar, Nabila akan improve mutu nyanyiannya.

“InsyaAllah jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya. Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini.

“Apa pun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap.”

– Nabila Razali

Muzik video lagu Peluang Kedua telah mula dilancarkan dan ia berjaya meraih sebanyak sejuta tontonan dalam masa 2 hari.

Versi muzik video itu merupakan versi tambahan yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pejuang Barisan Hadapan Dalam Telemovie KITA MERDEKA di TV2

TikTok Mengesahkan Akan Menyaman Pentadbiran Trump