in ,

Drama Paling Sukses di India NAAGIN di TV3

Berita baik buat peminat drama Hindi, TV3 kini menawarkan seleksi drama popular Hindi menerusi slot Sonia pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang bermula

6 November 2017. Saksikan Naagin, kisah cinta dan dendam antara ular jadian dan manusia yang menjadi naskhah pertama disiarkan di slot drama baharu tersebut bermula 6 November 2017.

Naagin merupakan siri drama yang sangat sukses di India. Diterbitkan oleh Ekta Kapoor, Naagin membariskan pelakon-pelakon popular seperti Mouni Roy (Shivanya), Arjun Bijlani (Ritik), Adaa Khan (Shesha), Sudha Chandran (Yamani) dan ramai lagi. Naagin berjaya mendapat rating paling tinggi sejak tayangan perdana dan kekal sebagai program paling tinggi tontonannya pada setiap episod di Colors TV pada 1 November 2015.

Gelora Cinta & Dendam Dalam NAAGIN

Gelora Cinta & Dendam Dalam NAAGIN

Siri drama ini juga melakar kejayaan besar di beberapa anugerah pada tahun 2016 di India seperti Golden Petal Awards (Best TV Show), 16th Indian Television Academy Awards (Best Serial Popular & Best Actress Popular – Mouni Roy) dan 9th Boroplus Gold Awards (Best Thriller Award, Best Actress Popular – Mouni Roy, Best Actor Popular – Arjun Biljani & Best Actress in Negative Role – Aada Khan).

Naagin mengisahkan tentang Shivanya, ular jadian yang ingin membalas dendam terhadap keluarga Raheja. Ayah Shivanya telah dibunuh dengan kejam oleh Ankush Raheja dan kawan-kawannya kerana ingin merampas Naagmin, sebuah permata berkuasa yang merupakan pelindung kepada ular jadian.

Shivanya telah meminta bantuan daripada sepupunya, Shesha. Mereka berdua menjelma sebagai manusia untuk mendekati keluarga Raheja, sebuah keluarga ternama di Mumbai, India. Langkah pertama Shivanya berjaya apabila diterima sebagai orang gaji oleh keluarga Ankush.

Anak lelaki Ankush, Ritik terpesona dengan kecantikan Shivanya dan jatuh hati padanya. Shivanya telah berkahwin dengan Ritik untuk memudahkan rancangannya. Lama-kelamaan, Shivanya mendapati Ritik ialah seorang yang sangat baik hati dan tidak tahu menahu langsung tentang kejahatan ayahnya. Shesha kecewa dengan Shivanya yang mula menyayangi Ritik. Shesha risau Shivanya tidak mampu membalas dendam dan membunuh Ankush.

Setelah Yamani, isteri kepada Ankush mendapat tahu identiti sebenar Shivanya dengan Shesha, dia menghasut Shesha untuk mengkhianati Shivanya dan merebut cinta Ritik. Shivanya dan Shesha mula bermusuh apabila keinginan Shesha untuk memiliki Ritik dan Naagmin semakin membuak-buak.

Ritik menyaksikan dengan mata sendiri ketika Shivanya membunuh Ankush. Dia tidak dapat memaafkan Shivanya. Yamani mengambil kesempatan ini supaya Ritik terus membenci Shivanya. Shivanya tidak sangka bahawa Yamani seorang wanita yang lemah lembut merupakan pembunuh terakhir yang dicari-cari selama ini. Selain itu, Yamani juga menyimpan rahsia tentang asal usul Ritik dengan rapi. Berjayakah muslihat Yamani?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Naagin menerusi slot Sonia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang di TV3. Anda juga boleh mengikuti drama ini di portal video tonton, www.tonton.com.my

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Gelora Cinta & Dendam Dalam NAAGIN

Gelora Cinta & Dendam Dalam NAAGIN

Gelora Cinta & Dendam Dalam NAAGIN

Gelora Cinta & Dendam Dalam NAAGIN

Gelora Cinta & Dendam Dalam NAAGIN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Belayar ke Pulau Macleod Bersama Star Cruises

AirAsia Realisasikan Impian Pelajar Orang Asli untuk Terbang