in

Persembahan Broadway Bollywood MYSTIC INDIA THE WORLD TOUR

MYSTIC INDIA, THE WORLD TOUR AKAN MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN JULUNG-JULUNG KALI JELAJAH ASIA BERMULA DI KUALA LUMPUR, APRIL 2018

Mystic India mendapat sambutan hebat dari seluruh dunia yang sekali gus mengiktiraf pementasan ini sebagai “satu persembahan Bollywood Broadway yang amat unik tanpa tolok bandingan setakat ini.

Persembahan mantap ini akan menyuntik rentak gaya moden kepada alunan irama muzik Bollywood / India untuk menghasilkan gabungan simfoni muzik, warna dan kesenian yang akan mengadaptasi lenggok gemalai Mumbai bersama bergandingan kemodenan New York.

Sebuah Pementasan bertaraf dunia yang akan dibawa oleh Eeman Corporation Sdn Bhd (EEMAN), menjanjikan persembahan rancak penuh bertenaga untuk penonton Malaysia dan Asia keseluruhannya.

Penampilan para pemuzik dan penari-penari profesional antarabangsa yang terkemuka dan disegani di pentas dunia pasti menjanjikan satu sajian halwa mata dan telinga yang luar biasa dengan keunikannya tersendiri. Pementasan sensasi aneka warna ini akan menghidupkan nilai-nilai artistik pakaian dan solekan dengan kesan penataan cahaya yang terkini dmi memanipulasikan emosi dan persepsi penonton.

Isnin, 1hb Januari 2018, Mystic India, Muzikal Broadway Bollywood dari Amerika Syarikat, hari ini telah mengesahkan persembahan pembuka tirai siri jelajah Asia dengan Kuala Lumpur pada bulan April 2018. Satu berita gembira untuk keseluruhan rakyat Malaysia, peminat-peminat Bollywood khususnya serta artis dan penggiat seni negara yang julung-julung kali berpeluang menyaksikan pementasan Muzikal Bollywood Broadway ini.

“…Mystic India: The World Tour, dalam jangka waktu pendek iaitu 7 tahun sahaja telah berjaya memukau penonton-penonton di 4 benua, dengan lebih 500 pementasan di seluruh dunia termasuk Bahrain, Kanada, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Eropah dengan kapasiti tiket yang habis dijual pada setiap lokasi.

Lebih daripada setengah juta penonton telah pun menyaksikan Mystic India, dan kini siap sedia untuk memukau ASIA pula dengan Malaysia sebagai destinasi perdana untuk pertama kalinya menjelajah Asia .’’ kata En.Vin, Ketua Pegawai Eksekutif, Eeman.

Mystic India akan menyingkap peralihan tradisi amalan berzaman India merentasi kemodenan & kemajuan sejajar dengan aspirasi dunia serta perspektif antarabangsa. Persoalan budaya, satu sorotan kebudayaan yang mengungkap kehidupan dengan penggabungan tarian, nyanyian, pakaian dan perayaan.

Persembahan Broadway Bollywood ini akan membariskan lagu-lagu hit ‘ever-green’ yang takkan lapuk dek zaman, tidak mungkin lekang dek siulan mahupun kenangan. Lagu-lagu hit terkini dari filem-filem kegemaran ramai lakonan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ranbeer Singh, Deepika Padukone, Aiswarya Rai, Madhuri Dixit, Kajol dan ramai lagi akan diselang-selikan di mana identiti dan emosi masing-masing akan dipelihara dan diperkuatkan.

Mystic India pasti takkan lengkap tanpa persembahan lagu dan tarian irama rakyat tempatan yang dipopularkan dari pelbagai daerah dan wilayah benua tersebut. Tarian & irama rakyat ini telah menular ke seluruh pelosok dunia, yang kini popular di arena antarabangsa dan serantau.

Penonton dijanjikan persembahan mantap bertenaga yang akan digandingkan dengan penataan cahaya serba moden dan lengkap. Ditambah pula dengan pengadunan muzik dan kesan audio canggih yang pasti akan memukau menjangkaui tanggapan dan harapan.

Mystic India adalah inspirasi nukilan, hasil rekaan, Amit Shah, seorang warganegara Amerika Syarikat berketurunan India yang turut menyandang sebagai Pengarah Produksi & Pengarah Seni / Tarian keseluruhan olahan pementasan ini. Beliau juga adalah Presiden AATMA Performing Arts Company, syarikat produksi seni pentas rasmi Mystic India yang beribu pejabat di New Jersey dengan cawangan operasi di New York Dan Los Angeles.

Sebagai seorang Pengarah Seni dan Pereka Tarian yang semakin hari semakin terkenal, beliau kerap mendapat jemputan dan peluang kerjasama dengan artis-artis Bollywood popular dunia termasuk Priyanka Chopra, Deepika Padukone, John Abraham, Shah Rukh Khan dan ramai lagi seangkatan dengan mereka.

Muzik pilihan Mystic India akan menampilkan komposisi rekaan dan ciptaan pemenang Anugerah Academy, AR Rahman, yang pasti tidak asing kepada mana-mana peminat filem dan lagu Bollywood amnya.

Vishal Shekar & Sulaiman Sekha, yang kian semakin popular menempa nama akan turut menyumbangkan hasil karya popular mereka. Selain itu, karya komposisi asli Mytic India yang diciptakan khas untuk pementasan ini akan pasti menambah tarikan, menyerikan tatapan serta melengkapkan keulungan keseluruhan persembahan yang pasti disanjung tinggi.

Mystic India: The World Tour – Live in Kuala Lumpur akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 5 hb April sehingga 11 hb April , 2018. Tiket-tiket akan mula dijual mulai Januari 2018 melalui saluran di atas talian AirAsiaRedTix.com. Jangan lepaskan promosi pembelian awal yang dianjurkan.

Untuk sebarang informasi tambahan lain, sila layari sesawang berikut:

– Facebook: Mystic India Live in KL
– Instagram: Mysticindiakl

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JANGAN GANGGU PAK SU Papar Kisah OKU Cuba Berdikari

Video Fattah Amin Gigih Bersilat Untuk Filem MAT KILAU