in ,

Myfundaction Perak, TLDM Agih Bubur Lambuk Di Masjid An-Nur 

Warga TLDM Lumut dan MyFundAction Perak di bawah Program Special Iftar For Ummah (SIFU) bekerjasama secara bergotong-royong memasak serta mengagihkan 600 pek bubur lambuk telah berjaya diedarkan di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut.

Aktiviti ini turut disertai oleh Leftenan Kolonel Haji Yusoff bin Latif selaku Pengarah Pusat Pembangunan Kerohanian, Mejar Kamarulzaman bin Isa selaku Ketua Sel Masjid, Pusat Pembangunan Kerohanian, Pusat Pembangunan Kerohanian, pegawai dan staf, bersama-sama berganding bahu menjayakan agihan bubur lambuk ini. 

Myfundaction Perak, TLDM Agih Bubur Lambuk Di Masjid An-Nur

Pn Norazian Binti Mat Isa, Pengarah Projek Edaran Bubur Lambuk dengan slogan “Moh Kacau Bubur Lambuk Samudera’’ berkata, ‘’600 pek bekas bubur lambuk ini akan diagihkan kepada jemaah Masjid An-Nur selepas solat Jumaat. 

Selain program memasak bubur lambuk, dalam masa yang sama turut diadakan solat sunat tasbih untuk para muslimat bertujuan memupuk semangat Ihya’ Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mendapatkan keridhaan daripada Allah SWT. 

Turut terlibat sama sukarelawan YOSH MyFundAction Perak yang terdiri daripada tiga orang pelajar lepasan SPM dan dua orang pelajar KPM Sri Iskandar, seorang mualaf India Muslim dan seorang pelajar daripada Seberang Perai.

Myfundaction Perak, TLDM Agih Bubur Lambuk Di Masjid An-Nur

Perkara yang mengejutkan penganjur apabila dapat tahu salah seorang sukarelawan datang daripada Seberang Perai dengan menaiki motosikal selama tiga jam bergerak sewal jam 5 pagi semata hanya untuk menjadi sukarelawan di dalam program ini. Subhanallah. Semangat anak muda. 

Menurut Laksamana TS Shaiful Bahari bin Baharuddin selaku Panglima Logistik Barat Pangkalan TLDM, beliau berharap projek ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan dapat menjalinkan silaturahim dan saling bantu membantu antara satu sama lain. 

Myfundaction Perak, TLDM Agih Bubur Lambuk Di Masjid An-Nur

‘’Saya mewakili TLDM Lumut merakamkan terima kasih kepada MyFundAction Perak pada hari ini yang penuh barakah dan bersyukur atas usaha kebajikan yang dijalankan oleh MyFundAction Perak,” tambah beliau semasa memberi ucapan di Majlis Simbolik Penyerahan Bubur Lambuk. 

Semoga Program “Moh Kacau Bubur Lambuk Samudera” dan kerjasama lain dapat dilakukan lagi di masa hadapan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HASIF UPIN YUNADIA

Semangat Lebaran Hasif Upin & Yunadia Dalam ‘NOSTALGIA RAYA’

Legoland Malaysia Bina Imaginasi Dengan Festival Build The Thrills