in

Lepas Tular #YusufDance Yusuf Muncul dengan My Little Heroes

Tular dengan video #YusufDance baru-baru ini, Yusuf Iskandar, putera comel kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kini mempunyai rancangan realitinya sendiri, ‘My Little Heroes – Yusuf & Bujibu’.

Beliau tidak keseorangan dalam menjayakan rancangan ini, sebaliknya ditemani oleh Bujibu Chempel, kucing peliharaan keluarga kecil ini.

‘My Little Heroes – Yusuf & Bujibu’ akan memaparkan aktiviti-aktiviti menarik Yusuf Iskandar bersama Bujibu Chempel serta perkongsian tips mengenai penjagaan anak kecil oleh Hanis dan Hairul yang dipraktikkan oleh mereka berdua selaku ibu bapa.

Meskipun baru berusia 1 tahun 7 bulan, Yusuf berjaya mengumpul 2 juta pengikut manakala Bujibu yang terkenal dengan ekspresi wajah ‘selamba’ pula mempunyai 1.1 juta pengikut di Instagram.

Selain daripada tempias populariti ibu bapanya, anak kecil ini bersama kucingnya mendapat perhatian netizen dek kerana kecomelan aksi yang dipaparkan oleh mereka berdua menerusi gambar dan video yang dimuatnaik di akaun Instagram masing-masing. Ternyata aura dan pesona Yusuf dan Bujibu bukan calang-calang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah Ola Bola & The Journey Kini Mengarah Filem THINK BIG BIG

OPPO Ranked No.1 in Asian Smartphone Market