in , ,

Muzik Video Lagu RAIKAN RAYA Gabungan Selebriti Generasi Muda

Raikan Raya merupakan sebuah lagu pop etnik moden yang dinyanyikan oleh pelbagai artis baru. Lagu ini digubah dan diterbitkan oleh Mohaid, vokalis kumpulan rock BLiZ, dan Nino, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan pelbagai artis popular seperti 6ixth Sense, Aliff Aziz dan Saujana. Lirik lagu ini pula ditulis oleh Idzhar Jumali, pelatih sepenuh masa dari MUSICA.

Lagu ini didendangkan oleh artis-artis generasi muda Kantjil Music dari pelbagai latar belakang – Jes Ebrahim (United Nation-UNEP Tunza Global Youth Advisor for Asia Pacific Region), Hafiz Zainal (pemenang Anugerah Sosial Media NOVA di Anugerah Planet Muzik 2013), Mohaid (vokalis kumpulan rock BLiZ), Harris Alif (pemenang Idola Kecil musim 3), ROHI (pemain seruling tradisional dan moden), Feeya Iskandar (penyampai radio SinarFM), Erul Samah (naib johan KPOP Star Hunt musim 2 dan finalis 5 teratas Akademi Fantasia 9), Azeera Azizi (bekas peramugari dan wakil bowling Pahang untuk SUKMA) dan Nik Qistina dari Universal Music.

Lirik RAIKAN RAYA

Raikan Raya
Indahnya sinar sang suria
Cahaya lebaran pun menjelma
Mengumpulkan kita semua
Meraikan bersama-sama
Kusingkap jendela hari ini
Dengan senyuman manis berseri
Tak sabar rasanya dihati
Ingin menyambut Aidilfitri
Hari raya, kami bergembira
Saling bersua bertemu mesra
Dan hari raya, kami nantikannya
Juadah enak nan berselera
Selamat Hari Raya
Indah suasana
Jalin kemesraan
Selamat Hari Raya
Harmoni bersama
Tiada sengketa

Layari gilamuzik.com untuk maklumat tentang peraduan terkini dan hadiah menarik.

Pautan:
Facebook Rasmi Kantjil Music https://www.facebook.com/KantjilMusic
Laman Rasmi Kantjil Music
http://kantjilmusic.com
GilaMuzik Portal
http://www.gilamuzik.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inteam Edar Percuma 800 CD Tahmid Lebaran Di Tol Gombak

Buka Puasa with the Hitz fm Morning Crew