in ,

Muzik Video Lagu Filem Untuk 3 Hari Dimanapun Engkau Berada

Muzik Video Rasmi Lagu Di Mana Pun Engkau Berada jadi lagu runut untuk filem Untuk 3 Hari. The official music video for film Untuk Tiga Hari. Artists feature Joe Flizzo, Dj Fuzz and Aizat. The movie hits cinemas on September 20, 2012.

Turut diselitkan beberapa babak menarik dari filem Untuk Tiga Hari lakonan Afdlin Shauki, Varnidah Imran, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

Untuk Tiga Hari bukan memaparkan kisah cinta biasa tetapi ia memaparkan kisah yang sedikit pelik. Untuk Tiga Hari mengisahkan dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin dengan pilihan orang tua dan memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh tiga hari itu juga, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Filem Untuk Tiga Hari merupakan sebuah kisah yang diadaptasi daripada salah sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah yang juga penulis bagi novel Lagenda Budak Setan.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Dark Knight Rises Synopsis Trailer

Link Format Post